fbpx
Now Reading
Saya Tak Berdendam Dengan Malaysia, Kata Jocelyn Chia

Saya Tak Berdendam Dengan Malaysia, Kata Jocelyn Chia

Menurut Chia, dia tidak berdendam kepada Malaysia dan jenaka dilakukan merupakan budaya biasa buat pelawak untuk “memanaskan” penonton.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, tular satu video di media sosial yang mendapat kecaman ramai khususnya rakyat Malaysia yang kurang senang dengan lawak jenaka dilakukan oleh pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia.

Menerusi lawak tersebut Chia telah menggunakan Malaysia dan juga MH370 sebagai jenakanya ketika dia sedang membuat persembahan komedi berdiri.

Video tentang lawak itu kemudian menjadi tular di media sosial sehingga menarik perhatian pelbagai pihak termasuklah Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Vanu Gopala Menon yang memohon maaf atas jenaka tersebut.

Jelasnya, pelawak wanita tersebut juga bukan lagi warganegara Singapura dan menyatakan jenaka itu tidak mengambarkan pandangan mereka kepada Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Jadikan MH370 Bahan Jenaka, Singapura Mohon Maaf Dedah Pelawak Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara

Lawak dilakukan merupakan rutin tanpa sebarang masalah

Terbaharu selepas beberapa hari menjadi perhatian orang ramai, Chia akhirnya membuka mulut dan memaklumkan kepada dia tidak berdendam kepada Malaysia sebaliknya ia merupakan budaya biasa buat pelawak bagi “memanaskan” penonton mereka.

Dakwanya, rutin lawak sebegitu telah dilakukannya “lebih daripada seratus kali” selama satu setengah tahun tanpa sebarang masalah.

Namun apabila terdapat segmen tertentu yang dikeluarkan menjadi satu klip pendek dan dimuat naik di media sosial, sebahagian konteks yang penting telah hilang.

“Saya memang berpegang pada jenaka saya tetapi dengan beberapa kaveat, saya berpegang padanya secara keseluruhan, apabila dilihat dalam kelab komedi.”

Singapura Malaysia miliki “saingan mesra”

Tambahnya, rakyat Singapura dan juga Malaysia telah lama memiliki saingan mesra dan perkara itulah yang menjadi dasar terhadap lawak tersebut.

Kata pelawak wanita tersebut, terdapat penonton Malaysia yang datang kepadanya serta memaklumkan mereka menyukai pertunjukan yang dilakukan dan ia menunjukkan “mereka jelas tidak tersinggung”.

Walau bagaimanapun jenaka itu telah menimbulkan kontroversi hebat di Malaysia serta Singapura selepas ia menjadi sohor di media sosial.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.