“Macam Mana Boleh Terfikir Skrip Macam Ni?” – Ustazah Asma’ Tegur Dialog Drama Tak Sensitif Di Tanah Suci [Video]
Ustazah Asma’ Harun turut mempersoal etika seorang pelakon beragama Islam apabila memilih untuk melakonkan dialog tersebut sedangkan secara jelas ia merendahkan martabat agama Islam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan filem atau drama yang ditayangkan menerusi siaran televisyen (TV) banyak berkisah tentang pengalaman dan kehidupan manusia.
Bagi individu, pemilihan pelakon serta jalan cerita yang unik menjadi antara faktor yang membuatkan seseorang mahu menonton drama tersebut.
Namun, sekiranya drama yang ditayangkan mengandungi atau menyentuh perkara-perkara sensitif seperti agama, ia boleh menjadi kontroversi dan mengundang kemarahan penonton.
Begitulah yang terjadi terhadap sebuah drama baru yang ditayangkan di stesen TV Malaysia apabila menggunakan ‘Makam Nabi’ sebagai dialog hingga mengundang teguran dan kecaman orang ramai.
Tegur Dialog Drama Melayu, Anggap Guna ‘Makam Nabi’ Tidak Wajar
Tidak terkecuali, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun (UAH) turut terpanggil untuk menegur dialog yang dilihat sensitif serta dianggap tidak menghormati tanah suci Mekah.
Menurut Ustazah Asma’, beliau hanya sedar tentang penggunaan dialog melalui video yang dikongsikan di akaun Instagram stesen TV berkenaan.
“Dan perkataannya adalah saya nak sebut pun saya tak sampai hati tuan puan sekalian. Perkataannya adalah pelakon wanita ini menyebut dalam lakonan, ayatnya macam ini.
“Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasullullah ini aku cakap depan muka kau, kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat tanah haram ini kau mampus.
“Ya Allah, saya kata macam mana terfikir hendak buat skrip macam ini, menggunakan makam nabi,” kata beliau menerusi video yang dikongsikan di Facebook miliknya.
Pendakwah terkenal itu nyata kecewa dan menganggap penggunaan ‘Makam Nabi’ dalam dialog drama tersebut adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Tambah beliau, setiap individu Islam yang menjejakkan kaki ke Tanah Suci perlu menjaga akhlak dan perlakuan ketika berada di sana.
“Kalaupun dia kata dialog itu diambil dari kisah benar, apapun, tidak layak dan tidak wajar perkataan seperti ini dijadikan dialog,” katanya lagi.
Persoal Etika Pelakon Beragama Islam
Malah, beliau turut mempersoal etika seorang pelakon beragama Islam apabila memilih untuk melakonkan dialog tersebut sedangkan secara jelas ia merendahkan martabat agama Islam.
“Mana etika ketika melakonkan babak di Tanah Suci dan tak berasa bersalah ke masa nak merakamkan babak ni?
“Tempat yang paling suci dan indah seluruh umat manusia yang dambakan pergi, kenapa nak masukkan dialog seperti ini.
“Sedangkan nak berkata-kata perkara baik pun kita tak mampu nak cakap depan Makam Rasulullah,” kata beliau lagi.
Tambah Ustazah Asma’ lagi, sekiranya lokasi tersebut tidak dilakukan di Tanah Suci, dialog tersebut masih tidak wajar dipertuturkan.
TEGURAN BUAT SEMUA PENGGIAT SENITEGURAN BUAT SEMUA PENGGIAT SENI USTAZAH ASMA HARUN Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dan terima kasih daripada pihak kami buat sahabat semua yang hadir sama walau secara maya. Kami sangat menghargai sumbangan dan infaq yang diberikan, inshaAllah setiap yang disalurkan akan dimanfaatkan untuk meneruskan perjuangan dakwah dan aktiviti kebajikan di sini. Semoga sahabat semua dikurniakan rezeki yang barokah.🤲 بَارَكُمُ اللَّهُ لَكُمْ فِي أَهْلِكُمْ وَمَالِكُمْ Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu dalam keluargamu dan hartamu.” Semoga bermanfaat buat semua. SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. ===================================== Jemput ikuti laman rasmi Ustazah Asma’ Harun sebagai tanda sokongan kerja dakwah dan kebajikan. 👇🏻 https://linktr.ee/UstazahAsmaHarun Ribuan terima kasih kepada sahabat semua yang menyokong perjuangan ini sama ada dengan sumbangan wang ringgit, kata-kata semangat mahupun doa yang dititipkan. Semoga Allah memberikan sebaik-baik balasan, meluaskan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin Allahumma Aamiin. 😊🤲🌹
Posted by Ustazah Asma’ Harun on Monday, 30 October 2023
Tegur Penggiat Seni Agar Lebih Sensitif
Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar penggiat seni yang lain peka dan berhati-hati dalam menggunakan perkataan terutama yang melibatkan agama Islam.
“Ini peringatan untuk semua penulis skrip, artis, karyawan, orang dalam bidang seni, tolonglah berhati-hati, anda diperhati.
“Ada ramai umat Islam yang sangat cakna dan sensitif apatah lagi berkaitan dengan Islam, apatah lagi dengan Nabi Muhammad, dengan makam nabi, tolong jangan buat lagi perkara ini,” ujar beliau.
Malah, beliau turut merasakan perlu ada permohonan maaf dari pihak terlibat atas keterlanjuran penggunaan dialog berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan, rata-rata warganet turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pendakwah berkenaan.
Kebanyakannya kecewa dan mengecam dialog berkenaan yang dilihat seolah-olah mempermainkan Nabi Muhammad S.A.W serta Tanah Suci Mekah.
Baca Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Tegur Tindakan Memalukan Sekumpulan Lelaki Beri Hadiah Berunsur Lucah Kepada Pengantin
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Satu Musibah Ummah Yang Parah” – Ustazah Asma’ Harun Tegur MV Parah Parah Ayda Jebat