fbpx
Now Reading
“Jangan Gembira Atas Kecelakaan Saudara Islam Kita” – Ustazah Asma’ [Video]

“Jangan Gembira Atas Kecelakaan Saudara Islam Kita” – Ustazah Asma’ [Video]

Pendakwah bebas itu turut menasihati agar umat Islam tidak terikut dengan individu yang menghina atau mengejek orang lain, sebaliknya haruslah berdoa pada Allah S.W.T.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (24 Ogos), pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menegur orang ramai yang bergembira sehingga mengeluarkan kata-kata hinaan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng dana sebanyak RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, Ustazah Asma’ berpesan kepada semua agar tidak bergembira di atas kecelakaan yang menimpa saudara sesama Islam.

Enggan mengulas mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Najib, Ustazah Asma’ bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak mengina mana-mana individu tanpa mengira sesiapa termasuk orang yang pernah menghina kita sebelum ini.

“Sebagai orang Islam, kita tidak boleh bergembira di atas kecelakaan yang berlaku pada saudara Islam kita. Tidak kira siapa. Bahkan jika dia pernah menghina, memfitnah dan mengumpulkan ramai manusia untuk menghina kita.

“Dan apabila kita tahu dia jatuh sakit, bangkrap atau apa sahaja kecelakaan yang berlaku, kita tidak boleh rasa gembira dengan ayat ‘padan muka’ dan sebagainya.”

Anda boleh tonton video berkenaaan pada minit 1:04:26.

Jangan nafikan kebaikan yang pernah beliau lakukan

Menurutnya, kebaikan yang pernah dilakukan bekas Perdana Menteri itu tidak boleh dinafikan kerana mustahil segala yang dilakukan olehnya adalah kejahatan dan keburukan semata-mata.

“Kebaikan pastinya pernah dibuat, jangan dinafikan perkara ini mustahil semuanya jahat dan keburukan,. Sama seperti kita, pasti ada jahat ada baik,” katanya.

“Beliau pernah menjadi Perdana Menteri, beliau pernah jadi Timbalan Menteri, pernah melaksanakan Amanah rakyat dengat baik. Pernah menjadikan negara Malaysia ni sebagai sebuah negara yang baik,” ujarnya.

Jangan mudah terikut menghina orang lain

Ustazah Asma’ turut menasihati orang ramai agar tidak terikut dengan individu yang menghina atau mengejek orang lain, sebaliknya haruslah berdoa pada Allah SWT.

“Sebaliknya, kita serah yang terbaik, yang paling jelas, dan yang paling adil adalah Mahkamah Allah S.W.T.” ujarnya lagi.

Doa agar negara diberikan pemimpin yang baik

Pada video sama, Ustazah Asma juga mendoakan agar negara ini mendapat barisan pemimpin yang baik serta tidak menyalahgunakan kuasa dan mendoakan agar Malaysia menjadi negara yang dipilih oleh Allah S.W.T anatara negara yang akan dilindungi pada akhir zaman.

Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan agar umat Nabi Muhammad S.A.W tidak mengagungkan politik sehingga sanggup bermusuhan antara saudara sesama Islam.

Untuk info, selain daripada Ustazah Asma’, selebriti terkenal Fizo Omar turut berpesan kepada semua orang agar berhenti meraikan dan menghina ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.