fbpx

“Bossku Tak Berakhir Di Sini” – Anak Najib Janji Akan Terus Berjuang Hingga Keadilan Ditegakkan

Anak kepada bekas Perdana Menteri itu berjanji tidak akan berhenti berjuang hingga keadilan dapat ditegakkan dan ayahnya dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib semalam (23 Ogos) meluahkan rasa sedih sejurus Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap ayahnya berhubung kes SRC International.

Menurusi satu perkongsian di laman Instagram (IG) miliknya, Nooryana berkata, dia meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada sistem kehakiman negara.

“Maafkan saya ayah, mungkin kita tidak cukup berjuang” – Nooryana

“Maafkan saya ayah. Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati yang menjadi sebab dan tujuan kita berjuang sejak empat tahun lepas.

“Malangnya, ayah tidak mendapat keadilannya hari ini, kami juga tidak mempunyai peluang untuk berlawan,” tulisnya di kapsyen IG.

Namun kata Nooryana, perjalanan bapanya itu tidak hanya berakhir dengan berdepan hukuman 12 tahun penjara itu sahaja.

“Bossku tidak berakhir di sini” – Nooryana

“Bossku tidak berakhir di sini. Saya janji kepada ayah yang Mummy, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga tidak akan pernah berhenti sehingga ayah selamat kembali bersama kami dan keadilan ditegakkan.

“Kami sangat berbangga dengan ayah. Saya akan berpegang kepada kata-kata hikmah ayah, mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan kita.

“Tabahkan diri, Allah bersamamu ayahku. Sentiasa bersamamu, untuk sekarang dan selamanya,” tulisnya lagi.

“Peluk ayah dan atok anda malam ini” – Nooryana

Sementara itu, dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman IG Story miliknya, Nooryana berpesan kepada orang ramai agar mengambil peluang untuk memeluk ayah dan atok masing-masing kerana dirinya serta anak-anak kini tidak lagi dapat melakukannya.

“Peluk ayak dan atok anda malam ini semua, sebab Adam, Aidan, dan saya sangat merindui kepunyaan kami malam ini,” katanya.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib Razak

Semalam, media melaporkan Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Najib Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Bekas Perdana Menteri pertama dipenjara

Dengan keputusan di akhir prosiding itu, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya di Penjara Kajang berkuat kuasa serta merta semalam.

Keputusan ini juga menyaksikan Najib akan menjadi pemimpin tertinggi pertama di Malaysia yang pernah dikenakan hukuman penjara.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.