fbpx
Now Reading
Saifuddin Tak Tahu Wujud Titah Tambahan Najib Boleh Sambung Jalani Hukuman Penjara Di Rumah

Saifuddin Tak Tahu Wujud Titah Tambahan Najib Boleh Sambung Jalani Hukuman Penjara Di Rumah

Menurut Saifuddin, KDN juga menafikan mempunyai pengetahuan mengenai bahagian tambahan atau titah YDPA ke-16 terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Najib membuat dakwaan itu sewaktu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau titah YDPA ke-16 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 April lalu menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.

Foto: Malaymail

Tidak hanya itu, terdapat juga saksi ‘misteri’ yang akan mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapat kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan titah adendum itu.

Menteri KDN tak tahu pasal titah tambahan

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui beliau tidak melihat atau mengetahui sebarang bahagian tambahan atau titah adendum YDPA ke-16 berhubung kebenaran Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah.

“Tidak, tidak (saya tidak melihat sebarang tambahan berkaitan Najib).

“Saya bukan ahli Lembaga Pengampunan. Saya juga tidak tahu,” katanya hari ini (4 April) dipetik Berita Harian.

Foto: Malaymail

Saifuddin Nafi KDN tahu mengenai bahagian tambahan atau titah YDPA ke-16

Menurut Saifuddin, pihaknya juga menafikan mempunyai pengetahuan mengenai bahagian tambahan atau titah YDPA ke-16 terbabit.

“Saya tiada maklumat berhubung dokumen tambahan, dia (Shafie) kata dia ada. Sebab itu saya kata, saya akan teliti sejauh mana ada ilmu kepada kita,” katanya lagi.

Saifuddin enggan dedah surat diterima daripada peguam Najib

Menurutnya lagi, beliau sudah menerima surat daripada Shafie tetapi enggan mendedahkan kandungan di dalam surat tersebut.

“Apa yang disebut di mahkamah, itu lah kandungan suratnya yang saya terima.

“Saya juga mengikuti laporan berhubung adendum itu dan sudah tentu saya akan menjawab apabila tiba masanya mengenai perkara dalam pengetahuan kita.

“Itu sahaja yang boleh saya ulas. Saya boleh mengesahkan saya telah menerima surat itu, dan kini saya mengikuti melalui media,” ujar Saifuddin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.