fbpx
Now Reading
“Israel, Jangan Perasan” – Saifuddin Nafi Hadir Ke UNGA Dengar Ucapan Netanyahu

“Israel, Jangan Perasan” – Saifuddin Nafi Hadir Ke UNGA Dengar Ucapan Netanyahu

Saifuddin turut membidas ciapan ahli politik Israel, Danny Danon yang mendakwa kononnya Malaysia berkemungkinan akan menjadi destinasi pengecualian visa selepas AS.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (22 Februari), tular di media sosial satu hantaran di laman X akaun @kopitiammalaya yang memuat naik semula gambar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 22 September 2023.

Dalam ciapan sama, pengendali akaun itu turut memuat naik gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sedang memberi ucapan sambil memegang peta ‘New Middle East’ di dalam perhimpunan itu yang berlaku pada hari sama.

Hantaran akaun itu dilihat seolah-oleh mengambarkan bahawa Saifuddin sedang mendengar ucapan Netanyahu.

Bagaimanapun, Saifuddin hari ini (23 Februari) menerusi satu ciapan balas di laman X telah menyelar hantaran akaun terbabit sekali gus menjelaskan tentang perkara sebenar.

Saifuddin anggap hantaran itu untuk cipta naratif jahat dan fitnah dirinya

Menerusi satu ciapan balas di akaun X rasminya @saifnasution, Saifuddin berkata beliau menganggap tujuan hantaran itu dimuat naik semula adalah untuk mencipta naratif jahat dan fitnah terhadap dirinya dan kerajaan Malaysia.

“Kehadiran saya seperti dalam gambar ni adalah atas kapasiti saya sebagai salah satu delegasi dan hanya mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di UNGA (UN General Assembly),” katanya.

Saifuddin turut bidas ciapan ahli politik Israel, Danny Danon

Saifuddin pada masa sama turut membidas ciapan ahli politik Israel iaitu Danny Danon yang mendakwa kononnya berkemungkinan Malaysia akan menjadi destinasi pengecualian visa selepas AS.

Beliau seakan memberi gambaran jelas bahawa kerajaan Malaysia akan tetap dengan pendirian untuk tidak menyokong tindakan yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Gaza, Palestin.

“Israel, Jangan perasan. Sewaktu ucapan di UNGA, YAB Perdana Menteri Malaysia jelas mengkritik sekeras-kerasnya tindakan Israel di hadapan semua!” katanya.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna X turut meminta agar Saifuddin mengambil tindakan tegas terhadap pemfitnah yang menyebarkan fitnah tersebut kerana ia mampu membawa tanggapan negatif rakyat Malaysia terhadap kerajaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.