fbpx
Now Reading
Kerajaan Pendekkan Tempoh Proses Bawa Masuk Pekerja Asing

Kerajaan Pendekkan Tempoh Proses Bawa Masuk Pekerja Asing

Menurut Menteri Dalam Negeri, penguatkuasaan itu hanya akan bermula selepas pembukaan semula kuota kemasukan pekerja asing dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan, pekerja asing turut mempunyai peranan dalam membangunkan ekonomi di Malaysia.

Ini kerana khidmat mereka dalam sektor tertentu amat diperlukan antaranya seperti pembinaan, perkilangan dan perladangan.

Namun, dalam mengupah pekerja asing, terdapat beberapa proses yang perlu dilalui sebelum membawa masuk dan melantik mereka sebagai pekerja.

Bagi sesetengah majikan, proses itu sudah semestinya mengambil masa yang agak lama dan kadang kala boleh menganggu proses yang lain terutama sekiranya wujud isu yang timbul.

Tempoh Proses Pekerja Asing Disingkatkan

Terbaharu, kerajaan bersetuju untuk memendekkan tempoh bagi proses kemasukan pekerja asing ke negara ini pada masa akan datang.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pengurangan tempoh sebanyak 46% berbanding sebelum ini sesuai dengan kemampuan majikan menyelesaikan keperluan permohonan.

“Amalan sebelum ini bermula daripada permohonan kuota sehingga proses kemasukan dilakukan, melalui pelbagai peringkat dan memakan masa 29 bulan 13 hari.

“Hari ini (16 Januari) keputusan mesyuarat bersetuju dengan syor tempoh itu dipendekkan kepada 15 bulan 23 hari, pengurangan yang signifikan sehingga 46%,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Pengurangan Tempoh Turut Ambil Kira Kecekapan Majikan Buat Bayaran Levi

Jelas Saifuddin, kerajaan turut mengambil kira kecekapan 70% majikan yang menyelesaikan bayaran levi dalam tempoh 15 hari berbanding 30 hari yang diperuntukkan dalam pengurangan tempoh tersebut.

Oleh itu, Jabatan Imigresen boleh mengeluarkan pas lawatan kerja sementara dalam tempoh satu hingga 15 hari selepas semua proses diluluskan.

Penguatkuasaan Bermula Selepas Pembukaan Kuota

Walau bagaimanapun, penguatkuasaan itu hanya akan bermula selepas pembukaan semula kuota kemasukan pekerja asing dilakukan.

“Sejak 17 Mac tahun lalu, KSM (Kementerian Sumber Manusia) telah membekukan kemasukan pekerja asing dan masih kekal sehingga sekarang.

“Perkara ini akan dikuat kuasa sehingga satu keputusan baharu dibuat mengenai pembukaan semula kuota,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.