fbpx
Now Reading
Hanya Hantar Bantuan Ke Gaza, 3 Pemimpin NGO Malaysia Dalam Senarai FBI Tiada Rekod Keganasan – KDN

Hanya Hantar Bantuan Ke Gaza, 3 Pemimpin NGO Malaysia Dalam Senarai FBI Tiada Rekod Keganasan – KDN

Semakan KDN mendapati tiga pemimpin itu adalah antara 359 ahli daripada 59 NGO tempatan yang menggerakkan bantuan kemanusiaan di bumi bergolak itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular laporan tiga pemimpin daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam berasingan di Malaysia yang aktif dalam menguruskan bantuan kemanusiaan Asia Barat telah disenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Susulan itu, tiga pemimpin NGO terbabit telah diarahkan untuk tidak membabitkan diri dalam Ops Ihsan yang mengguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada penduduk di Gaza, Palestin.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemudiannya memaklumkan sedang menyemak fakta berhubung perkara itu.

Saifuddin Nasution sahkan 3 pemimpin NGO Islam tidak terlibat dalam aktiviti keganasan

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa ketiga-tiga individu berkenaan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan.

Menurutnya, KDN mendapati tiga pemimpin itu adalah antara 359 ahli daripada 59 NGO tempatan yang menggerakkan bantuan kemanusiaan di bumi bergolak itu.

“Amerika (AS) dalam proses membuat rang undang-undang berkenaan pencegahan pembiayaan antarabangsa terhadap Hamas. Itu usaha Amerika. Tapi, di pihak Malaysia, kita sedia maklum ada Ops Ihsan yang juga operasi kemanusiaan membantu penduduk Gaza.

“Ini adalah inisiatif kerajaan melibatkan sekumpulan NGO,” katanya dipetik Harian Metro.

KDN akan buat semakan terlebih dahulu untuk elak sebarang masalah

Menurutnya, pihak KDN juga akan membuat semakan ke atas individu-individu terbabit bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah apabila mereka melakukan operasi kemanusiaan di Gaza.

“Berdasarkan kepada semakan polis, tiga badan bukan kerajaan yang terbabit dalam Ops Ihsan di Gaza tiada rekod menunjukkan mereka terbabit dengan isu keganasan seperti yang disenaraikan oleh FBI.

“Sebelum operasi itu bermula sudah tentu akan diadakan semakan terlebih dahulu supaya tidak berlaku masalah ketika operasi berjalan,” katanya.

Arahan agar mereka tidak terlibat diberikan oleh Kementerian Luar bahagian Asia Barat

Sebelum ini, arahan untuk tidak membabitkan tiga individu yang disenarai dalam TSC dikeluarkan oleh Kementerian Luar bahagian Asia Barat.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari tentang kesahihan surat pemakluman berkenaan yang diterimanya daripada kementerian terbabit.

Sebagai info, dua daripada tiga pemimpin yang dikaitkan dengan senarai tersebut adalah CEO Cinta Syria Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dan Pengurus Besar Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Datuk Abu Bakar Abdul.

Menurut Malaysia Gazette, individu ketiga pula adalah Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Sufian Awang Piut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.