fbpx
Now Reading
‘Yang Kau Hina Tu Mak Aku Si*l!’ – Lelaki Mengaku Anak Makcik Kemboja Berang Netizen Kutuk Ibunya [Video]

‘Yang Kau Hina Tu Mak Aku Si*l!’ – Lelaki Mengaku Anak Makcik Kemboja Berang Netizen Kutuk Ibunya [Video]

Sehubungan itu, lelaki yang mengaku sebagai anak makcik Kemboja itu mencabar warganet yang telah mengutuk ibunya untuk bersemuka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial seorang usahawan wanita berasal dari Kemboja telah mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap bangsa Melayu.

Difahamkan, usahawan tekstil yang dikenali sebagai Mariyah Yaakob atau popular kini popular dengan gelaran Makcik Kemboja telah mengeluarkan kenyataan yang menggelarkan orang Melayu sebagai pemalas.

Susulan kenyataannya yang tular di media sosial, orang ramai telah mengecam dan ingin memboikot perniagaannya yang berpangkalan di Skudai, Johor itu.

Lelaki mengaku anak Makcik Kemboja tampil marah netizen hina ibunya

Terbaharu, tular pula satu video seorang lelaki dalam keadaan marah telah membuat pengakuan bahawa dirinya merupakan anak kepada Makcik Kemboja.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @liamadalia, lelaki terbabit berang kerana mendakwa para netizen di TikTok telah menghina ibunya.

Tak takut dengan netizen, siap cabar untuk bersemuka

Sehubungan itu, anak Makcik Kemboja berkenaan mencabar warganet yang telah mengutuk ibunya untuk bersemuka.

Pada masa sama, lelaki berkenaan juga mengatakan dia tidak pernah gentar dengan mana-mana individu yang mengutuk ibunya itu.

“Aku cabar kau (netizen), daripada kau menyalak macam anjing di TikTok, aku cabar kau bersemuka dengan aku dekat kilang ini. Yang kau hina itu mak aku tau si*al!

“Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘gong, gong, gong’, Haa ini anak Makcik Kemboja dekat sini. Aku dah tak takut dah dekat kau dan aku tak pernah takut dengan kau,” katanya.

Makcik Kemboja buat permohonan maaf secara terbuka

Terdahulu, Mariyah menerusi satu hantaran video di akaun TikTok perniagaannya @mariyahholdings telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, permohonaan maaf yang dilakukan olehnya itu dilihat tidak dapat meredakan kemarahan orang ramai terhadapnya.

Selain netizen, komuniti masyarakat Melayu Champa di Johor Bahru juga menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap Mariyah.

Disamping itu, Mariyah turut memohon ampun kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Perlu Belajar Menghormati” – Exco Johor Ulas Isu Wanita Kemboja Gelar Melayu Pemalas

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.