fbpx

“Dia Perlu Belajar Menghormati” – Exco Johor Ulas Isu Wanita Kemboja Gelar Melayu Pemalas

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja atau Madame Mariyah mendakwa orang Kemboja rajin berniaga manakala orang Melayu malas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Isnin (20 November) yang lalu, kami ada melaporkan berita tentang kenyataan seorang usahawan wanita kemboja yang menyifatkan bangsa Melayu sebagai pemalas.

Kenyataan yang dibuat melalui TikTok rasmi miliknya nyata mengundang kemarahan dan kecaman netizen.

Tindakannya itu turut mengundang padah apabila pihak tertentu seperti komuniti Melayu Champa membuat laporan polis berhubung kenyataannya itu.

Memetik Awani, sehingga semalam, terdapat 14 laporan polis dibuat ke atasnya ekoran kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu.

Baca Artikel Berkaitan: Usahawan Wanita Asal Kemboja Gelar Melayu Pemalas Buat Netizen Berang, Ada Yang Mahu Boikot [Video]

Usahawan Wanita Kemboja Perlu Belajar Menghormati

Terbaharu, Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon menasihatkan agar wanita berkenaan peka dengan sensitiviti masyarakat di negeri itu dan tidak wajar bergurau mengenai hal yang tidak sepatutnya.

Menurut Tian Soon, setiap gurauan ada hadnya dan tidak seharusnya wanita itu melakukan perbandingan secara menghina terutama dalam kalangan Bangsa Johor.

“Wanita itu tidak sensitif sebagai rakyat Malaysia. Kenapa guna cara perbandingan untuk bergurau. Pada saya Bangsa Johor lebih sederhana dan tidak akan buat perkara yang boleh menggores perasaan bangsa lain.

“Sebagai individu yang menetap (di Johor) dia perlu belajar menghormati dan jadi Bangsa Johor yang faham tentang adat resam di Johor,” kata beliau yang dipetik dari Sinar Harian.

Tidak Perlu Hina Orang Untuk Lariskan Jualan

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Persatuan Penjaja, Peniaga, Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Zaini Atan berkata, peniaga atau usahawan tidak perlu bertindak melampau hingga menyentuh sensitiviti kaum atau bangsa lain semata-mata untuk melariskan jualan.

Ini kerana Islam melarang perbuatan atau sikap suka merendah-rendah atau menghina orang lain.

“Saya ada lihat video viral usahawan Kemboja itu, saya tidak setuju dia terlalu melampau dan merendah-rendahkan Melayu, tidak boleh masuk akal (tuduhan Melayu pemalas). Ramai sahaja Melayu yang kaya tetapi tidak menunjuk-nunjuk.

“Apa yang dikatakan itu adalah satu penghinaan yang tidak boleh diterima. Sebenarnya tindakan wanita itu hanya akan merosakkan dan membunuh perniagaannya sendiri.

“Semoga menjadi pengajaran kepada dia dan peniaga di luar sana,” ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Majlis Gabung NGO Melayu Johor.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan usahawan wanita yang dikenali sebagai Makcik Kemboja atau Madame Mariyah mendakwa orang Kemboja rajin berniaga manakala orang Melayu malas. Kenyataannya itu nyata mengundang kemarahan dan kecaman netizen.

Ekoran daripada itu, dia telah mengeluarkan video permohonan maaf kepada warganet serta turut membuat video khas permohonan ampun kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu tersebut.

@mariyahholdings

menjunjung kasih Tunku 😭❤️💙🙏🏻

♬ Sad and lonely – MoppySound

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.