fbpx
Now Reading
“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis di hujung net kepada pihak lawan menyebabkan ia sukar untuk diambil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, badminton merupakan antara permainan atau sukan yang popular di Malaysia selepas bola sepak.

Rakyat Malaysia tanpa mengira umur dan jantina pasti ada yang meminati sukan ini bahkan sering bermainnya bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Malah, terdapat banyak pertandingan atau kejohanan sukan badminton yang dianjurkan di negara ini oleh pelbagai pihak.

Tula video kanak-kanak 6 tahun lincah bermain badminton

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan kelincahan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bermain badminton.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @abu.ahmad.dabith, kanak-kanak yang dikenali sebagai Abu Dabith itu difahamkan menyertai kejohanan Badminton Protech Peringkat Umur Tertutup Kelantan Tahun 2024 kategori bawah 8 tahun.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat adik Abu Dabith dapat menyambut setiap pukulan yang diberikan oleh pihak lawan.

Bijak mengawal gelangang siap pandai main di hujung net

Tidak hanya itu, dia juga dilihat bijak mengawal gelanggang terbabit dengan kelincahannya meskipun memegang raket bersaiz dewasa.

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis di hujung net kepada pihak lawan menyebabkan ia sukar untuk diambil.

@abu.ahmad.dabith

Abu Dabith kembali beraksi. Dabith 6 tahun hadir untuk kejohanan Badminton Protech Peringkat Umur Tertutup Kelantan Tahun 2024. Kategori bawah 8tahun. #kejohananbadmintonperotech2024 #fypシ #badminton #badmintontiktok #fypシ゚viral @ABUBOSS BADMINTON ACADEMY @AbuBossPruBsn @Alaalacikqi

♬ golden hour – JVKE

Netizen pakat puji dan titip doa buat adik Abu Dabith

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terpegun melihat kelincahan adik Abu Dabith bermain badminton meskipun di usia begitu.

Tidak hanya itu, mereka turut memberi pujian serta menitip doa agar suatu hari nanti adik Abu Dabith mampu menjadi pelapis negara sebagai pemain badminton yang mewakili Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.