Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan menguatkan suara ketika mengangkat takbiratul ihram.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap umat Islam telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk mendirikan solat dan hukumnya adalah wajib.
Umat Islam juga digalakkan untuk mendirikan solat secara berjemaah di rumah, surau atau masjid dan Allah SWT juga menjanjikan pahala yang berganda buat siapa yang melakukannya.
Walau bagaimanapun, solat secara berjemaah hanya boleh dilakukan dengan minimum sekurang-kurangnya dua orang. Maka ada yang kadang kala menunaikannya secara berseorangan sebelum hadirnya jemaah lain dan menjadikan individu di barisan hadapan sebagai imam.
Lelaki jelaskan cara untuk beritahu imam jika nak jadi makmum
Baru-baru ini, ahli jemaah Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor telah menjelaskan bagaimana cara yang betul sekiranya individu ingin menjadikan seseorang sebagai imam ketika pihak berkenaan sedang mendirikan solat.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya mereka menunjukkan contoh seorang lelaki telah mencuit bahu individu di hadapannya untuk dijadikan sebagai imam.
Sebaik selesai solat, tindakannya itu ditegur oleh imam kerana perbuatan itu mungkin boleh menganggu seseorang yang sedang khusyuk.
Hanya perlu berdiri disebelah dan kuatkan suara ketika angkat takbiratul ihram
Jelasnya cara yang lebih baik untuk meminta seseorang menjadi imam adalah dengan berdiri di sebelah individu berkenaan dan niat untuk ikut sebagai makmum serta kuatkan sedikit suara semasa mengangkat takbiratul ihram.
Katanya lagi sekiranya seseorang individu itu tidak perasan mahupun berniat menjadi imam, jemaah yang hadir mengikut dari belakang tetap mendapat fadilat solat berjemaah.
Ini kerana apa yang penting jemaah perlu berniat untuk menjadi makmum.
Lelaki yang menjadi makmum itu kemudian bertanya lagi bagaimana sekiranya seseorang ingin menjadi makmum untuk menunaikan solat fardu namun individu yang diikutinya menunaikan solat sunat. Adakah solat ditunaikan sah?
Meskpun imam dan jemaah tunaikan solat yang berbeza namun kedua-dua solat adalah sah
Imam itu menjawab meskipun menunaikan solat yang berbeza namun secara berjemaah, solat yang ditunaikan tetap sah.
“Contoh masa Ramadan, waktu Isyak awak datang lambat ke masjid. Awak boleh je join jemaah tarawih tu untuk solat Isyak.
“Lepas imam salam, tambah je lagi rakaat yang tak cukup,” katanya lagi.
Video perkongsian masjid berkenaan turut sohor di laman X dan mendapat perhatian ramai.
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyifatkan mereka juga menerima ilmu baharu daripada perkongsian masjid berkenaan.
Tak perlu ganggu orang solat dengan menepuk/mencuit bahu untuk menjadikannya imam.
— ًِ (@bckupacc99) May 8, 2024
alhamdulillah suka content ada pengisian ilmu macam ni. pic.twitter.com/0AWaFFh6Js