
Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]
Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak bersamanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Zaman sekarang ini, boleh dikatakan hampir setiap kenderaan sudahpun memiliki kamera papan pemuka (dashcam) sebagai bukti rakaman semasa di atas jalan raya sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Bahkan, dashcam juga digunakan pada masa kini untuk menularkan rakaman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan sebagainya.
Tular rakaman dashcam 4 individu naik satu motosikal
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video dashcam yang memperlihatkan empat individu dipercayai sekeluarga menunggang sebuah motosikal.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update1111, kejadian berlaku di kawasan lampu isyarat persimpangan sebuah jalan raya.
Lelaki bawa tiga kanak-kanak tanpa helmet
Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang lelaki membawa tiga kanak-kanak dalam keadaan kesemua mereka tidak memakai topi keledar keselamatan.
“Dengan naik motosikal empat orang sekali tak pakai helmet pula tu, bahayanya. Kalau tak sayang nyawa sendiri, tolong fikirkan nyawa budak-budak itu,” ciapnya.
Motosikal datang dari arah kanan dipercayai langgar lampu merah
Pada masa sama, kelihatan penunggang terbabit juga seakan melanggar lampu merah apabila datang dari arah kanan ketika lampu isyarat di laluan pemilik dashcam itu berwarna hijau.
Jelas, tindakan yang dilakukan oleh penunggang motosikal terbabit amatlah bahaya dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.
Bagaimanapun, tiada maklumat tambahan mengenai waktu dan lokasi kejadian itu berlaku.
Dengan naik motor 4 orang sekali tak berhelmet pulak tu, bahayanya. Kalau tak sayang nyawa sendiri, tolong fikirkan nyawa budak-budak tu.#Gombak#Pdrm pic.twitter.com/uz8IS2Uv8O
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) May 8, 2024
Netizen selar tindakan penunggang lelaki terbabit, bahayakan nyawa kanak-kanak
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak bersamanya.
Malah, kebanyakan netizen juga meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap penunggang lelaki itu kerana membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan ketiga-tiga kanak-kanak itu.
Tugas bapa melindungi anak, bukan membahayakan anak. Kalau belum bersedia jadi bapa, jadi bapuk lg bagus.
— IronWillTweets (@Margadinea) May 8, 2024
Mohon sangat² kutip, saman dan gantung lesen.
— Allix d Finito (@wtc757) May 8, 2024
Kalu kemalangan yg bawa kereta akan susah sengsara !
Dia play victim.
Ni mesti kes dah biasa dah. Benda x pernah jd apa² camtu la. Dah jd baru menyesal.
— ❤️🩹저는 지창욱 아내입니다❤️🩹 (@bibik24hours) May 8, 2024
dh kne langgar nnti mula la play vctim..nk slhkn org len sbb eksden..diri sndri ikut kpala otak dia ja..nie jnis xsyg anak la nie..klo syg xdew nye brani nk kuo mne2 xkai hlmet smbil bwk anak..
— mR.sEpiT_uDanG (@MohdSyukrie19) May 8, 2024