fbpx
Now Reading
“Boleh Percaya Ke?”- Netizen Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Mondy Tatoo Tentang ‘Ustaz’ [Video]

“Boleh Percaya Ke?”- Netizen Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Mondy Tatoo Tentang ‘Ustaz’ [Video]

Menerusi sedutan video tersebut, Mondy yang ditemu ramah Caprice mendakwa pernah dipegang oleh seseorang ‘ustaz’ yang sebelum dipercayai pernah membantunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang Mondy Tatoo, pasti anda akan teringat tentang gadis bertatu dari Indonesia ini yang telah dibantu oleh aktivis dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) pada satu masa dahulu.

Ketika itu, ramai kagum dengan perubahan 360 darjah terutama dari segi penampilannya yang berubah menjadi wanita bertudung dan menutup aurat setelah berjumpa dengan UEL.

Namun, pada penghujung Ogos yang lalu, wanita yang mempunyai seorang anak ini sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila mula membuka tudung dan kembali semula menjadi seperti dirinya yang asal.

Dia dilihat mula membuka hijab dan memakai pakaian seperti biasa yang pernah digunakan sebelum ini menerusi video yang dikongsikan di akaun Tik Tok miliknya.

Baca Artikel Berkaitan: Mondy Tatto Buka Tudung, Tayang Perangai Asal Semula [Video]

Mondy Dedah Sisi Hitam Ustaz

Terbaharu, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice mengejutkan ramai pihak apabila mengeluarkan sedutan podcast bersama Mondy di Instagram rasminya.

“Sembilan malam esok standby, korang nak part 1,2, and 3 serentak? Atau one by one dulu? Insya-Allah,” tulis Caprice menerusi ruang kapsyen.

Menerusi sedutan video tersebut, kelihatan Mondy ditemubual oleh penyanyi berkenaan dan membuat beberapa pendedahan mengenai seorang ‘ustaz’ ketika pertemuan mereka dahulu.

Dakwa Mondy, tangannya diusap dan disorok di balik beg. Malah, dia juga turut dipaksa untuk berlakon solat bagi tujuan rakaman.

Dia yang enggan menuruti permintaan tersebut kemudiannya terus dipujuk oleh individu berkenaan.

“Sekejap satu saat satu saat. Mondy buat macam ni,” dedah wanita itu.

Akur dengan arahan tersebut, Mondy mendakwa dia tetap solat dan mengaji bagi memenuhi permintaan berkenaan.

Ucap Terima Kasih Kepada Pendakwah Berkenaan Namun…

Pada masa yang sama, Mondy yang juga merupakan seorang TikToker itu mengucapkan terima kasih kepada ustaz terbabti atas kebaikannya dalam sedutan video tersebut.

Namun, dia sempat menitipkan pesanan buat penceramah terkenal itu agar lebih berhati-hati dan percaya bahawa semuanya akan terbongkar dengan sendirinya.

“Dan Mondy juga ucapkan terima kasih ke atas sesuatu yang sudah ustaz lakukan ke Mondy.

“Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Tapi suatu hari nanti terbukti dan ada tempatnya.

“Jangan main api kalau tidak mahu terkena api,” kata wanita itu lagi.

Terima Pelbagai Respon Dari Netizen

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai netizen percaya individu yang dimaksudkan Mondy adalah Ustaz Ebit Lew (UEL) memandangkan pendakwah itu sebelum ini telah membantu dan membawa wanita itu ke Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap tindakan Mondy yang mendedahkan sisi gelap ustaz yang juga aktivitis berkenaaan sebagai perbuatan fitnah dan membuka aib.

Malah, kebanyakan daripada mereka memilih untuk tidak percaya dengan apa yang dikatakan olehnya.

Tapi, ada juga yang bersetuju dengan ‘pembongkaran’ tersebut dan menyifatkan ia salah satu cara untuk melindungi orang yang teraniaya.

Namun, kami berpendapat, setiap dari kita boleh mendengar suatu cerita namun sebaiknya dengarlah daripada dua-dua pihak.

Tepuk dada, tanya iman. Nak percaya atau tidak terpulang kerana anda berhak menilai sendiri kebenaran.

Di akhir zaman ini, kita wajib berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu perkara. Barangkali ia jadi betul, barangkali ia fitnah semata-mata.

Aib Atau Tidak Terpulang Kepada Yang Menilainya

Ada Dua Jenis Orang Yang Buat Dosa, Dosa Sembunyi & Dosa Terang-Terang

Kita Wajib Berhati-Hati Mempercayai Sesuatu Perkara

Saya Tak Sokong Siapa-Siapa

Saya Percaya Ebit Menjengkelkan.. Tapi Apa Buktinya?

Untuk info, pendedahan penuh di antara Caprice dan Mondy akan mula disiarkan di YouTube pada malam ini (15 September), jam sembilan malam.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.