Dituduh Sokong Israel, Michael Ang Sifatkan Caprice Melampau
Terdahulu, Caprice yang merupakan penyanyi rap telah memuat naik satu hantaran video yang dilihat seolah-olah menuduh Michael menyokong kekejaman Israel.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui pada masa kini sedang berlakunya konflik di antara Palestin dan Israel yang telah mengorbankan hampir puluhan ribu nyawa sejak ia menggemparkan dunia pada awal bulan yang lalu.
Kebanyakan masyarakat dunia tanpa mengira status dan pangkat turut menzahirkan sokongan dengan cara tersendiri kepada rakyat Palestin yang terkorban akibat kekejaman Rejim Zionis melalui bantuan derma atau melalui hantaran di media sosial.
Malah, ada juga beberapa pihak yang dilihat bertikam lidah antara satu sama lain disebabkan salah faham berhubung isu ini.
Michael Ang Dakwa Caprice Manipulasi Kenyataan
Terbaharu, penerbit dan pengarah terkenal Michael Ang mengecam tindakan Caprice yang menuduhnya sebagai penyokong Israel.
Bagi Michael, Caprice disifatkan menjadi batu api apabila cuba memanipulasi kenyataan yang dibuat olehnya seolah-olah dia menyokong kekejaman dan kezaliman zionis.
“Caprice memanipulasi kenyataan dan mengatakan saya menyokong keganasan Israel. Itu tidak adil kerana Caprice ada berjuta pengikut membuatkan mereka terus menghentam dan menyerang saya.
“Saya tidak perlu tunjuk kepada satu dunia bahawa saya membangkang tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel. Bila kuasa besar sokong, mereka (Israel) akan besar kepala. Tapi Caprice boleh putar belit kenyataan itu,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.
Lantang Hentam Tindakan Israel Sejak Tahun 2021
Tambah Michael, sejak tahun 2021 lagi dia lantang menyuarakan tentang perbuatan Israel hingga menyebabkan hantaran dipadam serta disekat daripada membuat siaran langsung selama dua bulan.
Michael turut menegur Caprice agar memeriksa dan menghadam terlebih dahulu tentang sesuatu kenyataan sebelum membuat kesimpulan.
“Saya harap dia baca betul-betul dan hadam kenyataan yang saya keluarkan. Jangan terus main tembak.
“Kalau warganet cakap apa-apa tentang saya, saya tak layan atau balas secara sarkastik. Tapi bila Caprice bersuara, saya akan balas balik dan siap tag namanya di Instagram. Barulah dia senyap.
“Dia sangat melampau, masuk campur tapi tidak tahu hujung pangkal. Caprice ada nombor telefon saya, boleh hubungi. Sebelum ini, boleh pula dia hubungi saya di mesej Instagram ajak buat lagu,” ujarnya.
Perbuatan Caprice Jadi Punca Micheal Ang Dikecam
Menurut pengarah itu, disebabkan tindakan Caprice, dia dan keluarganya diserang dan dikecam oleh warganet hingga ada yang mendoakan kematian anaknya dan merasakan dia tidak layak menjadi seorang Muslim.
“Saya yang keluarkan apa-apa kenyataan. Kalau nak maki, sila maki saya. Jangan libatkan anak atau keluarga saya. Mereka tak suruh pun saya post apa-apa.
“Saya tidak kisah kalau orang nak nak suruh saya keluar Islam, itu urusan saya dan Allah. Kalau warganet kata saya tak layak bergelar muslim juga saya tidak kisah. Saya tidak perlu pendapat orang lain mengatakan saya muslim yang baik,” katanya lagi.
Terdahulu, Caprice yang merupakan penyanyi rap telah memuat naik satu hantaran video yang dilihat seolah-olah menuduh Michael menyokong kekejaman Israel.
Namun, Michael menolak dakwaan Caprice dan menyatakan bahawa dia bukan sahaja membenci zionis tetapi turut mengkritik kuasa besar yang membantu Israel melakukan keganasan.
Baca Artikel Berkaitan: “Doakan Saya”- Dapat Kebenaran ‘Last Minute’, Caprice Terbang Ke Palestin Untuk Misi Kemanusiaan
Baca Artikel Berkaitan: Tak Setuju Sheila Rusly Dikecam Jadi Juri, Michael Ang Nasihat Penonton Dan Peserta Tak Cepat Melenting [Video]