fbpx
Now Reading
“Doakan Saya”- Dapat Kebenaran ‘Last Minute’, Caprice Terbang Ke Palestin Untuk Misi Kemanusiaan

“Doakan Saya”- Dapat Kebenaran ‘Last Minute’, Caprice Terbang Ke Palestin Untuk Misi Kemanusiaan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya hasrat penyanyi rap dan usahawan, Caprice untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza tertunai

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33,  menerusi satu perkongsian berkongsi satu video serta berita gembira tersebut kepada orang ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, Carprice dijangka terbang ke Mesir dahulu sebelum bergerak ke sempadan Gaza dipercayai laluan sama yang digunakan pendakwah dan aktivis Ustaz Ebit Lew.

Dia dalam masa sama turut memohon doa orang ramai agar segala urusannya untuk ke sana dipermudahkan.

“Tolong doakan saya Malaysia. Saat akhir saya dapat kebenaran untuk masuk ke Mesir-Gaza.

“Cuma kita kena terbang seorang diri malam ni (malam tadi). Maafkan untuk segala kesilapan saya, halalkan makan dan minum saya.

 “Insha-Allah, saya akan buatkan anda semua berbangga. Demi ummah, rakyat dan negara” kata Caprice lagi

Sebagai rekod, Carprice merupakan salah seorang selebriti tempatan yang lantang  dalam mempertahankan hak dan nasib rakyat Palestin.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.