fbpx
Now Reading
Mondy Tatto Buka Tudung, Tayang Perangai Asal Semula [Video]

Mondy Tatto Buka Tudung, Tayang Perangai Asal Semula [Video]

Mondy Tatto membuka tudung dan kembali ke kehidupan asal tidak sampai beberapa bulan selepas dibantu pendakwah bebas, Ebit Lew.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masihkah anda ingat beberapa bulan lalu kecoh di media sosial apabila penceramah bebas, Ebit Lew membantu seorang ibu tunggal penuh tatu berasal daripada Indonesia yang bernama ‘Mondy Tatto’ untuk berhijrah.

Video yang dikongsikan oleh Ebit Lew semasa menemui Mondy sehingga membawa kepada perubahan wanita itu menimbulkan kekecohan ramai apabila kebanyakan netizen mendakwa ianya sekadar konten semata-mata.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Dia TikTok Famous Kot, Video Semua Ratus Ribu View” – Ramai Persoal Ebit Lew Bantu Gadis Punk Bertatu [Video]

Namun, segelintir netizen percaya bahawa perubahan yang dilakukan oleh Mondy semasa di bawah jagaan Ebit Lew itu adalah dengan keikhlasan hatinya.

Mondy Tatto kembali ke perangai asal, buka tudung

Terkini, ibu tunggal anak satu itu kelihatan membuka tudungnya dan dikatakan berubah kepada perangai asalnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya (@mondy_tatto), dilihat memuat naik beberapa video dirinya tanpa memakai tudung dan jubah.

Dalam satu perkongsian video berasingan, Mondy kelihatan hanya memakai topi dan kemeja-t berlenggan pendek sahaja.

Mondy ingin jalani kehidupan sesuai dengan takdirnya

Tidak hanya itu, Mondy juga mendakwa dia hanya menjalani kehidupan sesuai dengan takdir yang tertulis untuk dirinya sahaja.

Menurutnya, Mondy tidak mahu berharap lebih kepada dunia ini kerana dia sering dijatuhkan dan dipatahkan oleh jangkaannya sendiri.

“Saya tak peduli kehidupan anda, tapi anda sibuk dengan kehidupan saya.”

Sedar dirinya menjadi perbualan ramai, Mondy kemudiannya memuat naik satu lagi video mempersoalkan tindakan orang ramai menilai perubahan yang dilakukannya.

Menurut Mondy, dia tidak mempedulikan kehidupan orang lain namun orang ramai seolah-olah mencampuri urusan hidupnya.

Video TikTok Mondy

Netizen kecam dan dakwa sudah duga perubahan Mondy sebelum ini hanya konten

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu untuk kembali membuka tudungnya.

Tidak hanya itu, mereka juga mendakwa jangkaan selama ini yang mengatakan video penghijrahannya sekadar konten adalah benar.

Segelintir netizen juga dilihat sudah mula tidak kisah mengenai wanita Indonesia itu untuk berhijrah atau kembali ke perangai asalnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.