fbpx
Now Reading
“Kebenaran Akan Terbukti” – Ramai Minta Maaf Pada Caprice Selepas Tular Tentang Isu Ebit Lew

“Kebenaran Akan Terbukti” – Ramai Minta Maaf Pada Caprice Selepas Tular Tentang Isu Ebit Lew

Menerusi hantaran di IG Story, Caprice menyatakan dia percaya bahawa kebenaran pasti akan terbukti suatu hari nanti selain meminta orang ramai untuk bertenang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada tahun 2021 berlaku kemelut antara Ustaz Ebit Lew dan Caprice selepas penyanyi itu dipercayai menegur tindakan pendakwah berkenaan bersama pasukannya ketika berada di Gaza bagi menjalankan misi kemanusiaan.

Caprice ketika itu turut mendakwa dia tidak dapat memasuki ke Gaza disebabkan ‘lakonan’ photoshoot yang dibuat oleh Ebit Lew melibatkan seorang kanak-kanak sehingga perkara itu kemudian menjadi pertikaian masyarakat di sana.

Berikutan kemelut yang berlaku Caprice turut mendakwa bahawa dia telah disekat daripada Instagram Ebit Lew.

Baca artikel berkaitan: PA Ustaz Ebit Lew Buka Mulut Perjelas Isu Caprice Di ‘Block’ Di Instagram

Baca artikel berkaitan: Akui Terlalu Emosi Dalam Berjihad, Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Baca artikel berkaitan: Ustaz Ebit Lew Tampil Buat Laporan Polis, Caprice Batalkan Sesi IG Live Malam Ini

Selepas isu tersebut reda Caprice kemudian tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya kerana terlalu emosi dengan perjuangannya demi ummah, Palestin dan juga rakyat Malaysia.

Isu itu bagaimanapun berlanjutan hingga mencetuskan perdebatan hangat di media sosial ada yang memihak kepada Ebit Lew dan ada juga yang memihak kepada Caprice.

Ramai mohon maaf pada Caprice kerana tidak percaya padanya

Terbaharu selepas lama kemelut antara penyanyi dan pendakwah itu sepi, Caprice telah berkongsi beberapa hantaran daripada netizen yang meminta maaf kepadanya.

Menerusi hantaran tersebut orang ramai memohon maaf kepada Caprice berhubung isu lama itu.

Permohonan maaf itu timbul selepas tular video Ebit Lew menyantuni seorang gadis bertatu di Jakarta, Indonesia.

Akui tidak pernah marah netizen dan sudah lama maafkan

Malah penyanyi itu turut meminta orang ramai untuk bertenang kerana dia tidak pernah marah kepada netizen sebaliknya jika ada perkara itu telah lama dimaafkan.

“Ramai pula DM (Direct Message) minta maaf. Tenang guys saya tak pernah marah kepada netizen. Kalau ada pun dah lama maafkan.

“Kita hanya ada kes tak selesai dari 2021, selagi tuan badan sendiri tak jumpa Cap.. Insya-Allah soon (nanti),”kongsinya di Instagram Story.

Percaya kebenaran akan terbukti

Caprice turut menyatakan bahawa dia sentiasa percaya bahawa kebenaran pasti akan terbukti suatu hari nanti.

“Wasalam, santai guys. Cap tak ada masalah dengan netizen insya-Allah dah lama lupa dan maafkan. Walau bagaimanapun terima kasih untuk semua komen dan maklum balas, alhamdulillah.

“Perlahan-lahan perkara ini akan terbukti dengan sendirinya,” tulisnya lagi.

Jelasnya, apa yang dilalui pada tahun 2021 merupakan perkara yang menakutkan dalam sejarah hidupnya.

“Insya-Allah guys. Apa kita lalui 2021 agak seram jugalah dalam sejarah hidup kita. Tapi Alhamdulillah.. makin lama, tanap kita lawan pun perlahan-lahan orang nampak.”

Video Ebit Lew timbulkan rasa kurang senang, ada dakwa hanya lakonan

Dalam video tular tersebut kelihatan Ebit Lew membantu wanita yang juga ibu tunggal dikenali sebagai Mondy dengan memberikan pakaian, wang dan juga membawanya ke Malaysia.

Video itu secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang dan mendapat respon negatif pada segelintir netizen yang mendakwa ia hanyalah lakonan semata-mata.

Wanita dibantu Ebit Lew mempunyai pengikut ramai

Terdapat juga pengguna di media sosial yang mendakwa bahawa wanita itu terkenal di TikTok selain mempunyai pengikut hinga ratusan ribu.

Rakaman yang sama kemudian turut dikongsikan oleh Caprice dan menunjukkan takap layar jumlah pengikut Mondy di TikTok dengan menggunakan lagu latar belakang berjudul ‘Topeng’ nyanyiannya bersama Sherry Ibrahim.

“MasyaAllah, jom kita sama-sama bantu model gelandangan ini dengan 900k pengikut dari Indonesia dan bantu produk dia sambal Mondy.

“Insya-Allah boleh bantu dia keluar dari susah.. siapa berminat nak dapat info cara nak bantu tekan link dekat bio atau telegram.

“Kesian tido tepi jalan pakai skirt. Nasib baik ada seorang ustaz dapat bantu,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.