fbpx

90 Gambar Dipercayai Unsur Lucah Ditemui Dalam Data Telefon Bimbit Ebit Lew

Data analisa itu turut mengandungi dua panggilan keluar yang dijawab oleh pihak lain selama 136 saat dan 1,346 saat masing-masing pada 1 Mei 2021 jam 7.28 pagi dan 20 Mei 2021 jam 7.50 pagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pegawai polis yang juga saksi pendakwaan kelapan memberitahu Mahkamah Majistret Tenom, Sabah semalam (10 Januari) bahawa sebanyak 90 gambar dipercayai berunsur lucah ditemui dalam data yang diestrak daripada telefon bimbit pendakwah bebas, Ebit Lew.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Insp Yip Chang Ching berkata, beliau menganalisa data itu yang disimpan dalam sebuah pemacu kilat (pendrive) dan hasil analisanya pada 10 Mac 2022 menemukan gambar terbabit serta tiga rakaman video dipercayai juga berunsur lucah.

Ambil masa 4 jam 50 minit untuk buka fail yang diekstrak

Menurutnya, beliau mengambil masa kira-kira empat jam 50 minit untuk membuka fail yang diekstrak itu supaya boleh dibaca perisian forensik.

“Setelah fail dibuka, saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk meneliti dan menganalisa data itu, supaya dapat mengeluarkan data yang diperlukan mengikut permohonan dalam borang analisa yang disediakan pegawai penyiasat,” katanya dipetik Harian Metro.

Chang Ching berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria mengenai hasil analisa terhadap barang kes yang diserahkan oleh syarikat LGMS Berhad kepada PDRM.

Data analisa turut mengandungi laporan 2 panggilan keluar yang dijawab pihak lain

Menurutnya lagi, data analisisnya itu turut mengandungi laporan dua panggilan keluar yang dijawab oleh pihak lain selama 136 saat dan 1,346 saat masing-masing pada 1 Mei 2021 jam 7.28 pagi dan 20 Mei 2021 jam 7.50 pagi.

Katanya, beliau telah menyerahkan pendrive tersebut kepada pegawai penyiasat pada 10 Januari tahun lalu.

Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita

Untuk info, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berdepan 11 pertuduhan termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi perbualan WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Bagi pertuduhan itu, Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Ebit Lew Disiasat Berhubung Dakwaan Rogol

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.