fbpx
Now Reading
Pelajar UPNM Dihantar Pulang Ke Sabah Menjelang Raya Menaiki Pesawat TUDM [Video]

Pelajar UPNM Dihantar Pulang Ke Sabah Menjelang Raya Menaiki Pesawat TUDM [Video]

Kesemua pelajar itu telah dihantar pulang menaiki pesawat Airbus A400M hak milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Raya akan menjelang dalam masa seminggu sahaja lagi. Orang ramai pasti sudah membuat persediaan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga tercinta.

Ini juga termasuk bagi mereka yang perlu menaiki penerbangan domestik, terutamanya yang berasal dari negeri Sabah dan Sarawak.

Namun, harga tiket kapal terbang yang kebiasaannya melonjak ketika musim perayaan boleh menjadi terlalu mahal, apatah lagi bagi para pelajar.

TUDM Bantu Hantar Pelajar UPNM Pulang Ke Sabah

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tampil dengan inisiatif untuk membantu pelajar yang memerlukan pulang ke kampung halaman di Sabah.

Baru-baru ini tular mengenai perkara tersebut di TikTok milik seorang penuntut di universiti awam itu.

Berdasarkan kepada gambar dimuat naiknya, sekurang-kurangnya 11 orang pelajar telah dihantar pulang ke Sabah dalam penerbangan kali ini.

Kesemua pelajar itu telah dihantar pulang menaiki pesawat Airbus A400M hak milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Mereka telah berlepas dari Lapangan Terbang Pangkalan Udara Subang.

Naik Penerbangan Logcomm

Memandangkan pesawat itu dipenuhi barang-barang operasi pihak TUDM, difahamkan bahawa mereka telah menaiki pesawat pengangkut atau ‘logcomm’ yang digunakan bagi penghantaran barangan.

Dalam pada itu, ada juga individu yang mempersoalkan siapakah yang menanggung kos penerbangan tersebut memandangkan ia menggunakan aset kerajaan.

Beberapa individu lain menerangkan bahawa pesawat tersebut dikhaskan untuk membawa kargo pada asalnya, tetapi mempunyai ruang untuk menghantar para pelajar itu pulang sekali.

“Dia bawa kargo tu. Alang-alang bawa pelajar yang terpilih,” kata seorang individu.

@grlcloud

also thanks to PTU and all of us 🫶🏻

♬ Originalton – 🤍

Bukan Pertama Kali Penuntut UPNM Naik Logcomm TUDM

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali UPNM mendapatkan khidmat pihak TUDM untuk menghantar pelajarnya pulang ke Negeri Di Bawah Bayu itu.

Pada tahun lepas, 20 pelajar UPNM dihantar pulang menaiki pesawat TUDM untuk pulang ke kampung halaman di Sabah dan Sarawak bagi tujuan menyambut hari raya.

Seramai 25 orang pelajar dihantar pulang ke Sabah pada tahun 2022, manakala terdapat 18 mahasiswa UPNM pulang ke negeri itu menggunakan pesawat pengangkut TUDM pada 2021.

Difahamkan bahawa para pelajar yang berpeluang menaiki pesawat TUDM untuk pulang ke kampung halaman itu dari kalangan mereka yang terpilih dan golongan memerlukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.