fbpx
Now Reading
Dr Akmal Beri Keterangan Selepas Ditahan Sebelum Dipanggil Semula IPD Kota Kinabalu

Dr Akmal Beri Keterangan Selepas Ditahan Sebelum Dipanggil Semula IPD Kota Kinabalu

Dr Akmal telah ditahan pada pagi tadi sebaik tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan keterangannya telah diambil lebih dua jam sebelum ditahan semula untuk menjawab soalan tambahan polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal telah memaklumkan beliau telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Kinabalu pada pagi tadi (5 April).

Perkara itu dimaklumkan oleh Akmal menerusi satu hantaran video di TikTok rasminya.

Akmal selesai beri keterangan lebih dua jam di IPD Kota Kinabalu

Beliau kemudian selesai memberi keterangan selama lebih dua jam dan keluar daripada IPD Kota Kinabalu sekitar jam 12 tengah hari tadi. Menurut Dr Akmal, beliau telah menerima panggilan untuk memberi keterangan pada Jumaat.

“Di peringkat awalnya telah diatur esok kerana saya ke Sabah tetapi sebaik sampai di Kota Kinabalu dapat satu panggilan perlu diambil keterangan pada hari ini.

“Saya kata tak ada masalah untuk diambil kenyataan dan saya pun keluar dari imigresen dan saya terus diambil dibawa terus ke IPD.

“Alhamdulillah kenyataan telah (diambil berkaitan) ada satu laporan terhadap saya atas Akta Hasutan yang menyatakan ada satu video ceramah saya di Kelantan,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Kata Ketua Pemuda UMNO itu beliau telah meneliti video terbabit dan berpendapat tiada ungkapan berunsur hasutan yang dikeluarkan serta menyerahkan segalanya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

@drakmalsaleh

Saya telah ditahan di IPD kota kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan utk memberi keterangan esok di IPD dang wangi InsyAllah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya Doakan semuanya dipermudahkan Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita Dr akmal saleh

♬ Never Surrender – Lux-Inspira

Persoal kenapa beliau perlu beri keterangan di Sabah

Walau bagaimanapun, Akmal dalam satu kenyataan akhbar dilaporkan Sinar Harian turut mempersoalkan mengapa beliau perlu memberi keterangan di negeri bawah bayu tersebut walhal tiada apa-apa kenyataan dikeluarkan di Sabah.

Jelas Akmal, beliau berkunjung ke Sabah kerana perlu menghadiri program berbuka puasa dengan pemimpin UMNO yang kebiasaannya dianjurkan di setiap negeri dan Sabah merupakan destinasi akhir untuk program tersebut.

Kehadirannya ke negeri itu juga bukan untuk melakukan sebarang gangguan mahupun mendatangkan masalah.

“Tiada langsung laporan dari Sabah, tidak ada langsung apa-apa kenyataan dari Sabah, semuanya berlaku di Semenanjung jadi kami datang di sini atas program Pemuda UMNO. Kami datang dengan tenang, jadi saya rasa kita tidak mengganggu sesiapa di sini jadi tiada masalah.

“Saya hairan kenapa mereka tidak dapat tunggu saya balik ke semenanjung sebab sudah ditetapkan.

“Laporan itu di Kuala Lumpur jadi saya pun tertanya-tanya kenapa perlu cepat, apa yang penting sangat, bukan saya tak balik, saya balik dan kita dah bagi komitmen tapi nak juga.”

Beliau bagaimanapun ketika disoal adakah akan hadir untuk beri keterangan di IPD Dang Wangi, Akmal menjelaskan dia bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan serta menyifatkan dia tidak gentar.

Akmal ditahan semula untuk jawab soalan tambahan

Walau bagaimanapun belum lagi reda isu penahanan beliau, Akmal sekali lagi dipanggil semula IPD Kota Kinabalu dipercayai untuk menjawab beberapa soalan tambahan daripada polis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.