fbpx

Isu Pedang Akmal, Saifuddin Serah Kepada PDRM Untuk Buat Analisa & Tindakan

Sebelum ini, senator Ti Lian Ker bertanya mengapa Dr Akmal tidak disiasat atas tuduhan ‘menghasut’ selepas memuat naik fotonya memegang pedang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh merupakan antara individu yang lantang bersuara tentang isu stoking tertera kalimah Allah SWT yang dijual KK Mart cawangan Bandar Sunway.

Beliau juga turut meminta orang ramai untuk memboikot kedai serbaneka terbabit ekoran daripada isu tersebut. Meskipun pemilik KK Mart sudah membuat permohonan maaf Akmal terus menggesanya untuk agar melakukan satu lagi permohonan maaf dengan menggantung kain rentang di setiap cawangannya.

Lebih mencuri tumpuan apabila Dr Akmal kemudiannya memuat naik satu foto memaparkan dirinya sedang memegang sebilah pedang Samurai.

Gesaan demi gesaan yang dikemukakan Ketua Pemuda UMNO tersebut bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Antaranya Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad memintanya untuk berhenti memainkan isu tersebut sebagai modal politik memandangkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim menitahkan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan berhubung perkara terbabit termasuklah menghasut rakyat.

Baginda bertitah sedemikian selepas Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan menghadap dan memohon ampun kepada Sultan Ibrahim di Istana Negara, semalam (3 April).

Saifuddin serah pada polis untuk ambil tindakan mengenai isu Dr Akmal

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan beliau menyerahkan isu membabitkan Dr Akmal kepada polis untuk menilai dan mengambil tindakan.

Malah beliau turut enggan untuk mengulas selepas media mempersoalkan adakah ada keperluan untuk polis membuat siasatan ke atas Dr Akmal.

“Saya tak sebut (mengesahkan adakah Dr Akmal termasuk dalam kelompok penghasut).

You are putting the word into my mouth. Tak adillah untuk saya,” ujarnya dipetik Malaysia Gazette.

Saifuddin akui ada kumpulan yang suka membangkitkan soal keresahan dari segi hasutan

Sementara itu, beliau menjelaskan mesyuarat Jemaah Menteri yang dilakukan pada 3 April mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat trend yang berbentuk menghasut, menganjurkan keganasan serta tindakan melampau sehingga boleh menganggu keamanan hasil daripada aktiviti menghasut.

Beliau bagaimanapun mengakui di mana wujudnya kumpulan yang akan membangkitkan soal keresahan dari segi hasutan yang berlebihan sehingga perkara itu mencetuskan tindakan.

“Ini semua memerlukan pihak keselamatan (polis) untuk ambil tindakan. Jadi, itu perkara kita bincang semalam pada mesyuarat Jemaah Menteri.”

Enggan campur bidang kuasa polis

Saifuddin turut memberitahu beliau enggan mencampuri bidang kuasa polis selepas media bertanya adakah pihak polis bakal membuat laporan serta aduan berikutan gambar memaparkan Dr Akmal menghunus pedang yang dimuat naik di media sosial.

“Saya percaya polis ada tindakannya sendiri berasaskan laporan atau mereka sendiri yang buat laporan. Saya tak mahu masuk dalam bidang kuasa polis.

“Saya percaya mereka (polis) ada kepakaran sendiri dan tahu apa yang mereka buat. Apa yang penting media bantu untuk tegaskan nasihat dan titah Tuanku yang tidak mahu isu ini berterusan. Itu yang penting sekali,” jelasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.