fbpx

Pengarah Perikanan Sabah Perjelas Punca Ribuan Ubur-ubur Terdampar Di Pantai [Video]

Spesies ubur-ubur berkenaan yang terdampar di persisiran pantai di Kampung Jangkit itu dikenali sebagai Ubur-ubur Tomato atau nama saintifiknya Lobonemoides robustus.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial menunjukkan satu situasi yang luar biasa di Sabah apabila ribuan ubur-ubur berwarna kemerahan dilihat terdampar di tepi pantai.

Memetik laporan Berita Harian, ubur-ubur berkenaan ditemui sepanjang tiga kilometer di pantai Kampung Jangkit, Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Sabah semalam (28 Mac).

Kejadian yang berlaku sempat dirakam oleh beberapa penduduk di kawasan sekitar dan rata-rata daripada mereka meluahkan rasa hairan dengan perkara yang berlaku itu.

@huskeynebula

Fenomena misteri obor2 merah kg jangkit #kualapenyu

♬ original sound – Khakiaj

Ini Penjelasan Dari Pengarah Jabatan Perikanan Sabah

Susulan kejadian ubur-ubur yang terdampar di persisiran pantai itu, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kasim telah tampil memberikan penjelasan dari pihaknya.

Menurut Azhar, kejadian tersebut berkemungkinan berlaku disebabkan oleh suhu air laut yang meningkat berikutan cuaca panas dan kering yang sedang melanda Sabah.

Jabatan Perikanan Sabah sudah menghantar anggota dari Pejabat Perikanan Kuala Penyu ke kawasan kejadian untuk memantau serta menyiasat ubur-ubur yang terdampar dalam jumlah luar biasa dan padat.

Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kasim.

Spesies ubur-ubur berkenaan yang dikenali sebagai Ubur-ubur Tomato atau nama saintifiknya Lobonemoides robustus disahkan tidak mempunyai bisa atau boleh membahayakan.

Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan kegatalan pada tubuh badan jika haiwan berkenaan bersentuhan dengan kulit manusia.


Mungkin Disebabkan Faktor Makanan Atau Air Pasang

Tambah beliau lagi, kepadatan popular ubur-ubur yang dikatakan agak luar biasa di tepi pantai tersebut boleh berlaku disebabkan oleh kewujudan sumber makanan dan juga faktor air pasang.

Ia juga berkait rapat dengan kewujudan sumber makanan seperti zooplankton, crustacea kecil dan anak ikan di kawasan perairan terbabit. Kejadian turut dipengaruhi faktor air pasang dan surut mendadak sehingga menyebabkan ubur-ubur terperangkap serta terdampar di pantai.

Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kasim.

Nasihat Untuk Penduduk Di Kawasan Berhampiran

Susulan itu, Azhar menasihati penduduk di kawasan sekitar pantai berkenaan untuk tidak terlalu risau dengan kemunculan spesies berkenaan yang dikenal pasti mudah mati dan hancur.

Ia hanya mengakibatkan bau tidak selesa tetapi cepat hilang dalam tempoh satu hingga dua hari.

Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kasim.

Namun, orang ramai tidak digalakkan untuk bermandi laut di lokasi perairan yang mempunyai banyak ubur-ubur.

Baca Artikel Berkaitan: Kencing Di Tempat Yang Disengat Obor-obor Untuk Sembuhkan Mitos Atau Fakta? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perancis Maut Disengat Ubur-ubur Di Pulau Pangkor

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.