fbpx
Now Reading
Kencing Di Tempat Yang Disengat Obor-obor Untuk Sembuhkan Mitos Atau Fakta? Ini Penjelasannya

Kencing Di Tempat Yang Disengat Obor-obor Untuk Sembuhkan Mitos Atau Fakta? Ini Penjelasannya

Antara langkah rawatan awal berkesan yang boleh di lakukan sekiranya anda disengat obor obor adalah dengan menggunakan cuka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap daripada kita pasti pernah mendengar pelbagai petua perubatan secara semula jadi untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau kesakitan.

Seperti hilangkan sakit perut dengan minum air bancuhan tepung gandum atau gigit bunga cengkih bagi melegakan rasa sakit gigi.

Pun begitu, sesetengah petua yang diberikan hanyalah sekadar mitos apabila kajian saintifik yang dilakukan oleh pakar-pakar perubatan menunjukan tiada sebab untuk perkara tersebut berkesan.

Hal ini sama seperti petua yang kononnya kencing pada bahagian yang terkena sengatan obor-obor untuk menghilangkan rasa sakit dan bisa.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Saranan kencing pada bahagian yang disengat obor-obor untuk sembuh adalah palsu

Menurut pakar di London Aquarium, Jack Willans merawat sengatan obor-obor menggunakan air kencing adalah mitos dan seharusnya dihentikan.

Memetik laporan Daily Mail, penafian itu dikeluarkan London Aquarium selepas mengetahui ramai rakyat Britain yang masih percaya pada perkara itu. Itupun selepas beberapa kajian mendapati 3 dari 10 rakyat Britain akan berbuat perkara berkenaan sekiranya disengat obor-obor.

Malah pakar-pakar turut menggesa orang ramai untuk mengelakkan luka sengatan dari terkena air kencing tersebut tanpa mengira dari mana asalnya.

Menurut laporan sama lagi, kaedah rawatan menggunakan air kencing itu semakin popular selepas ia muncul dalam satu episod dalam siri sitkom popular Friends yang bertajuk ‘The One With The Jellyfish’ pada tahun 1997.

Perkara sama turut dikongsikan Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu posting lama yang dimuatnaik di Facebook.

Namun bukan setakat air kencing, sebenarnya terdapat banyak lagi petua yang sudah lama diamalkan namun hanyalah setakat mitos sahaja antaranya:

  • Membalut luka dengan ketat
  • Menggunakan baking soda
  • Alkohol
  • Menggosok dengan tuala
  • Limau
  • Air najis

Siram cuka makanan di bahagian yang disengat paling berkesan

Jadi apakah kaedah rawatan terbaik bagi mengatasi sengatan obor-obor ini.

Antara langkah rawatan awal berkesan yang boleh dilakukan sekiranya anda disengat obor obor adalah dengan menggunakan cuka.

Caranya adalah seperti di bawah:

  • Keluar dari laut serta merta
  • Bilas kawasan tersebut dengan cuka selama 30 saat
  • Menarik keluar duri sengatan perlahan lahan (dengan tweezer)

Namun menurut PHM, kajian kaedah ini dilakukan di kawasan Indo-Pasifik dan ia mungkin tidak berkesan untuk semua jenis obor-obor.

Kenapa cuka berkesan?

Bisa dari sengatan obor-obor ini adalah sangat beralkali. Oleh itu ia perlu dineutralkan dengan larutan berasid seperti cuka.

Menurut Resus pula, ini kerana kandungan asid asetik sebanyak 4 hingga 6% yang ada di dalam cuka dapat menghalang bisa obor-obor daripada terus tersebar di dalam badan.

Cara untuk legakan kesakitan disengat obor-obor

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa cuka tidak dapat membantu melegakan kesakitan daripada disengat obor-obor.

Untuk cuba menghilangkan rasa sakit sengatan adalah dengan merendamkan bahagian yang disengat ke dalam air suam bersuhu 40°C darjah (celsius) selama 10 hingga ke 15 minit bergantung pada jenis obor-obor.

Menurut Pensyarah Program Biologi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Roswati Md Amin orang awam yang terkena sengatan obor-obor itu boleh segera membasuhnya dengan air laut tanpa mengaru di tempat sengatan seperti yang dilaporkan Harian Metro.

“Cuci bahagian itu dengan air suam yang bersuhu 40 darjah Celsius dan dalam tempoh 10 minit rasa kebas dan gatal pada sengatan itu akan hilang dan sekiranya ia tidak berkesan mangsa perlu segera ke klinik atau hospital.”

Pensyarah Program Biologi Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Roswati Md Amin

Selain itu elak dari menggaru bahagian kulit yang terkena sengatan kerana ini akan membuatkan gejala menjadi lebih melarat.

Perkara ini berlaku kerana tindakan menggaru hanya akan mengaktifkan nemitocytes untuk mengeluarkan lebih banyak racun.

Pun begitu, adalah lebih baik sekiranya seseorang yang terkena sengatan obor-obor itu bertemu dengan doktor di hospital mahupun klinik untuk rawatan susulan.

Hubungi panggilan kecemasan atau bawa ke hospital dengan kadar segera sekiranya:

  • Terdapat tanda tanda alahan teruk
  • Disengat oleh obor-obor spesis “box jellyfish”
  • Berbentuk kiub
  • Sengatan lebih dari separuh bahagian lengan atau kaki

Bagaimana obor-obor menyengat?

Tentacles (sesungut) pada obor-obor mempunyai beribu-ribu penyengat berduri mikroskopik. Setiap penyengat mempunyai ‘mentol kecil’ yang menyimpan racun dan tiub bergelung yang tajam.

Sesungut itu kemudiannya akan melepaskan penyengat iaitu tiub terbabit yang akan menembusi kulit dan mengeluarkan racun, lapor mayoclinic.

Foto: Montgomerye Et al, 2016.

Bisa sengatan obor ini kemudiannya akan merangsang saraf dan menyebabkan gejala seperti:

  • Sakit
  • Kebas
  • Panas
  • Gatal
  • Kemerahan
  • Blister

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Lepas ni kalau terkena sengatan obor-obor jangan siram dengan air kencing pula..

Cukup-cukuplah kena kencing dengan member je…

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.