
Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita warga emas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Seremban.
Menerusi video yang dikongsikan di laman X akaun @SenawangTV, kejadian dikatakan berpunca daripada pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat merah sebelum sebuah motosikal yang datang dari laluan hadapan merempuh kenderaan terbabit.
“Rakaman dashcam kemalangan melibatkan motosikal & kereta di lampu isyarat berhampiran Kompleks Sukan Paroi.
“Kejadian berpunca daripada kereta tidak berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah,” ciapnya.
Dalam rakaman terbabit, kelihatan penunggang motosikal berkenaan melambung sebelum terbaring tanpa memberi sebarang reaksi selepas kemalangan itu.
PAROI – Rakaman dashcam kemalangan melibatkan motosikal & kereta di lampu isyarat berhampiran Kompleks Sukan Paroi, pagi tadi.
— SENAWANGTV™️🇲🇾 (@SenawangTV) May 1, 2024
Kejadian berpunca daripada kereta tidak berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah.
Ikut peraturan, bukan ikut suka langgar lampu isyarat. pic.twitter.com/2kLkpvUhi3
Kemalangan melibatkan penunggang berusia 44 tahun dan pemandu wanita warga emas
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhammad Hatta Che Din berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.35 pagi semalam (1 Mei) di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran isyarat SIGC melibatkan penunggang lelaki berusia 44 tahun dan pemandu wanita warga emas.
“Berdasarkan siasatan awal, motosikal itu bergerak dari arah Ampangan menuju ke Paroi. Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu warga emas itu dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.
“Kereta itu membelok ke kanan dan melanggar bahagian hadapan motosikal. Akibat kemalangan, penunggang motosikal cedera di muka dan badan,” katanya dipetik Kosmo.
Mangsa dirawat di HTJ dan siasatan lanjut diteruskan
Menurutnya, penunggang motosikal itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 167/59).
Muhammad Hatta pada masa sama turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867.
Ramai kecam tindakan pemandu warga emas langgar lampu merah
Dalam pada itu, memindai ke ruangan komen di ciapan X akaun terbabit, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu warga emas berkenaan yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas.
Kebanyakan mereka turut berpendapat bahawa pemandu warga emas sepatutnya tidak dibenarkan lagi memandu di atas jalan raya.
Boleh tak kerajaan wujudkan law utk org tua yg nk bawak kenderaan. Sesiapa yg above 60, tiap kali nk renew license, kena bawak medical inspection dri doctor yg sahkan dia fit utk drive. Dah byk ak tny org tua atas jalan, bahaya btol cara dorg bawak.
— Ahmad (@MBedski) May 1, 2024
y bwk keto tu org tuo.rider alhamdulillah umo eh https://t.co/8AeIv7ZRzl mbe den koba td
— ศักร์ชัย เบ๊ณชามิค (@CaptainSaenchai) May 1, 2024
Naya penunggang motor. Tapi nak ingatkan semua tak kira bawa motor, kereta, bas dll, bila dekat simpan, perlahankan la kenderaan. Perhatikan kenderaan lain. Lagi satu, Jgn kejar lampu trafik.
— frossonice (@frossonice) May 1, 2024
Petisyen untuk org tua tu bayar conpensate selama mana mangsa tu tidak dpt mencari rezeki, bil perubatan, kerosakan motorsikal, segala ganti rugi xkira la sampai kena lelong kereta sekalipun asalkan keadilan ditegakkan ⭐️
— Oscar ☃️ (@xamirrul) May 1, 2024