fbpx

Polis Sahkan Ebit Lew Disiasat Berhubung Dakwaan Rogol

Mengulas mengenai tindakan polis merampas telefon bimbit milik Mondy, Mohd. Suhaily berkata, ia adalah untuk ketelusan siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menyiasat pendakwah, Ebit Lew susulan laporan yang dilakukan influencer dari Indonesia, Mondy Tatto.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, Ebit Lew disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas dakwaan merogol.

Mondy buat laporan dakwa dirogol 5 hari sebelum Ebit Lew tampil buat laporan

Jelas Mohd. Suhaily, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan, pihak polis sudah menerima satu laporan daripada Mondy.

“Selepas sahaja tiba daripada di Malaysia, Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis penafian terhadap kes rogol.

“Setakat ini, wanita warga Indonesia itu masih berada di dalam Malaysia,” kata beliau dipetik Kosmo.

Tambah Mohd Suhaily lagi, pihaknya setakat ini sudah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut.

Memetik Sinar Harian pula, Mondy membuat laporan mendakwa dia telah dirogol oleh pendakwah berkenaan.

Rampas telefon Mondy untuk siasatan

Mengulas mengenai tindakan polis merampas telefon bimbit milik Mondy, Mohd. Suhaily berkata, tujuan polis mengambilnya adalah untuk ketelusan siasatan.

“Kita ambil telefon Mondy untuk siasat. Memang ada peruntukan undang-undang bila ambil kita siasat pengisian sama dengan apa yang dicakap, masa kejadian dan lain-lain lagi.

“Kes masih dalam siasatan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya.

Terdahulu media melaporkan polis sudah mengambil keterangan dari Mondy dan juga rapper, Caprice berhubung laporan laporan yang dibuat Ebit Lew pada Selasa (19 September).

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.