fbpx
Now Reading
“Dia TikTok Famous Kot, Video Semua Ratus Ribu View” – Ramai Persoal Ebit Lew Bantu Gadis Punk Bertatu [Video]

“Dia TikTok Famous Kot, Video Semua Ratus Ribu View” – Ramai Persoal Ebit Lew Bantu Gadis Punk Bertatu [Video]

Mengikut semakan kami, ibu tunggal anak satu itu sememangnya memiliki akaun TikTok dengan nama @mondy_tatto dan jumlah pengikutnya sebanyak 1 juta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama penceramah terkenal, Ebit Lew memang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, bahkan dia juga terkenal di serata dunia kerana sering dilihat melakukan amal kebajikan.

Tidak hanya itu, Ebit Lew juga sering menyantuni golongan-golongan jalanan seperti pelacur, ‘punk’, dan gelandangan untuk menyampaikan dakwahnya.

Ebit Lew bantu gadis punk anak satu kembali berhijrah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial Ebit Lew membantu seorang gadis punk bertatu yang juga ibu tunggal di Jakarta, Indonesia untuk kembali istiqomah mengikuti ajaran Islam.

Menerusi satu hantaran video oleh Ebit Lew di laman media sosial miliknya, kelihatan wanita yang dikenali sabagi Mondy itu ditemui sedang berbaring di tepi jalan dengan hanya beralaskan kotak.

Dalam video tersebut, kelihatan Ebit Lew membantu gadis berusia 21 tahun itu dengan memberi wang, pakaian Muslimah sebelum membawanya ke Malaysia.

Ebit Lew bantu Mondy dapat tempat tinggal dan kerja

Menurut Ebit Lew, dia akan membantu Mondy untuk mendapatkan tempat tinggal baru serta pekerjaan supaya gadis tersebut dapat terus kekal berhijrah.

“Doakan ya buat Mondy ini. Allah Maha Kaya semoga dimudahkan jalan hijrah dan rezekinya. Ujian kita berbeza-beza.

“InsyaAllah kami akan bantu beri tempat tinggal dan bantu cari kerja untuknya supaya dapat terus hijrah insyaAllah,” kata Ebit Lew di Facebook.

Segelintir netizen dakwa video Ebit Lew hanya lakonan, wanita adalah influencer

Meskipun perkongsian tersebut mendapat respon positif daripada orang ramai, tetapi masih ada segelintir pengguna media sosial yang dilihat kurang senang selain mendakwa apa yang dilakukan oleh Ebit Lew itu hanyalah lakonan semata-mata.

Menurut seorang pengguna Twitter, Mondy dikatakan mempunyai akaun TikTok selain mendakwa gadis tersebut sering membuat konten seperti ‘menunggang agama’.

“Perempuan ini terang-terang ada akaun TikTok, buat konten tunggang agama. Kemudian bekerjasama dengan Ebit Lew acah tidur atas kotak, jumpa Ebit terus berubah pakaian semua. Haih adah juga yang tertipu lagi,” ciapnya.

Mondy TikTok famous, jumlah tontonan cecah ratus ribu

Seorang lagi pengguna Twitter turut memuat naik beberapa tangkap layar video TikTok diambil dari akaun Mondy dengan jumlah tontonan dan tanda suka yang tinggi.

“Dia (Mondy) TikTok famous kot, tak faham dekat mana dia gelandangannya. Video dia semua ratus ribu tontonan haha memang tunggang (agama) habis Ebit Lew,” tulisnya.

“Memang dah plan awal ke?” – Netizen

Perkara sama turut dibangkitkan seorang pengguna Facebook yang mendakwa wanita berkenaan juga pernah muncul di kaca televisyen di Indonesia dek kerana popularitinya.

Mondy datang Malaysia jual sambal dalam live TikTok dengan Ebit Lew

Tidak hanya itu, netizen juga turut merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila Mondy yang baru tiba di Malaysia membuat live bersama Ebit Lew sambil menjual sambal.

Pengikut di akaun TikTok Mondy sebanyak 1 juta, sudah aktif sejak Mei 2022

Mengikut semakan kami, ibu tunggal anak satu itu sememangnya memiliki akaun TikTok menggunakan nama @mondy_tatto dengan jumlah pengikut sebanyak 1 juta.

Kami turut mendapati akaun TikTok miliknya sudah aktif sejak dari Mei 2022 dengan ada video yang sudah mencecah 2 juta tontonan.

Jumlah keseluruhan tanda suka yang diraih juga agak tinggi iaitu melebihi 10 juta.

Pun begitu, ia tidak semestinya dijadikan bukti untuk mengaitkan tujuan Ebit Lew membantu gadis bertatu itu hanya untuk lakonan semata-mata demi meraih populariti atau niat yang lain.

Segala niat atau isi hati sebenar Ebit Lew bersama Mondy yang baru berhijrah hanya diketahui oleh Allah SWT (Wallahu a’lam).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.