fbpx
Now Reading
Miliki Lebih 19 Ribu Video, Gambar Lucah Kanak-Kanak Dalam Pendrive, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara 6 Bulan & Denda RM2,500

Miliki Lebih 19 Ribu Video, Gambar Lucah Kanak-Kanak Dalam Pendrive, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara 6 Bulan & Denda RM2,500

Terdahulu, polis telah merampas barang milik tertuduh iaitu seunit komputer riba jenama Acer, seunit adapter komputer riba jenama Liteon dan seunit pendrive jenama Kingston DataTraveler 100 G3-64GB.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara menyimpan 19,011 video dan gambar lucah kanak-kanak di dalam pendrive, seorang lelaki berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan pada hari ini (20 Oktober).

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret T Ashvinii terhadap Liew Ming Hui yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Didakwa Mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mempunyai bahan pornografi disimpan dalam satu unit pendrive miliknya yang mengandungi video dan gambar lucah kanak-kanak di rumah 19 Atas, Lorong 1, Jalan Besar, Rancangan Perumahan Awam (RPA) 2 Langkap, jam 4.20 petang, pada 29 Mei lalu.

Susulan daripada ini, dia ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Peguam Rayu Hukuman Diringankan Kepada Denda

Ming Hui diwakili peguam Jude Pereira manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan.

Terdahulu, Pereira merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman yang ringan berbentuk denda atas alasan dia merupakan anak tunggal yang membantu bapanya menjalankan perniagaan ubat tradisional.

Malah, anak guamnya juga dikatakan telah insaf selain itu merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Namun, Izzudin memohon agar mahkamah mengenakan hukuman yang boleh menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

Ekoran daripada ini, mahkamah menetapkan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM2,500 kepada tertuduh.

Sekiranya dia gagal membayar denda, hukuman penjara lima bulan akan dikenakan. Walau bagaimanapun, tertuduh setuju untuk membayar denda berkenaan.

Mahkamah Tidak Benarkan Penggantungan Pelaksanaan Hukuman Sementara & Ikat Jamin

Pada masa yang sama, peguam Pereira turut memohon penggantungan pelaksanaan hukuman sementara rayuan buat anak guamnya.

Namun, mahkamah menolak permohonan itu dan menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mahkamah Majistret Teluk Intan juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas majistret berpuas hati dengan hujahan balas yang diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Untuk info, tertuduh telah ditahan di rumahnya oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada 29 Mei 2023.

Ketika tangkapan dibuat, barang milik tertuduh iaitu seunit komputer riba jenama Acer, seunit adapter komputer riba jenama Liteon dan seunit pendrive jenama Kingston Datatraveler 100 G3-64GB telah dirampas.

Hasil pemeriksaan dan siasatan juga mendapati, terdapat 19,011 dokumen yang mengandungi video dan gambar lucah kanak-kanak di dalam pendrive tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Padah Simpan Video Lucah Dalam Telefon Bimbit, Lelaki Di Klang Didenda RM3,500

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara Hantar Video Lucah Pada Wanita, Penganggur Didenda RM6,000

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.