fbpx

Identiti Anggota Trafik Tular Tawar Saman RM100 Sudah Dikenal Pasti – Ketua Polis Perak

Menurut Ketua Polis Perak, Mohd Yusri, maklumat lanjut mengenai kes anggota trafik minta RM100 itu akan dikemukakan menerusi siaran media dalam waktu terdekat ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak polis telah mengenal pasti identiti anggota trafik tular didakwa meminta wang RM100 daripada pengembara warga United Kingdom (UK) yang juga YouTuber bagi menyelesaikan saman memandu melebihi had laju.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri turut mengakui pasangan terbabit memberikan kerjasama apabila dihubungi polis.

Menurutnya, maklumat lanjut mengenainya akan dikemukakan menerusi siaran media dalam waktu terdekat ini.

“Sudah (kenal pasti). Nanti saya berikan siaran media,” katanya ringkas dipetik Berita Harian pagi ini (30 Januari).

Sementara itu, menerusi satu ciapan di laman X akaun @TREADtheglobe, pasangan terbabit yang juga dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ turut memaklumkan mereka telah berhubung dengan polis Malaysia dan sedia memberikan kerjasama dalam siasatan kes tersebut.

Polis Perak tunggu arahan Bukit Aman untuk siasatan lanjut

Sebelum ini, Mohd Yusri berkata pihaknya sedang menunggu arahan Bukit Aman untuk siasatan lanjut kes terbabit selain sudah dirujuk kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Ujarnya, ia termasuk keperluan bagi menentukan terlebih dahulu di kawasan mana sebenarnya kejadian itu berlaku sama ada di dalam Perak atau sebaliknya.

Difahamkan, siasatan bagi kes terbabit dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Tular video anggota polis trafik tawar diskaun jika pembayaran dibuat terus

Terdahulu, tular di media sosial video tindakan anggota polis trafik itu yang terakam kamera semasa menawarkan diskaun saman kepada pasangan warga UK berkenaan selepas menahan mereka kerana memandu melebihi had laju.

Difahamkan, pasangan terbabit ditahan kerana memandu selaju 80 kilometer sejam (km/h) di kawasan jalan yang hanya menetapkan had laju 60km/h sahaja.

Bagaimanapun, anggota polis itu kemudiannya menawarkan ‘diskaun’ saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100 jika dibayar terus kepadanya tanpa perlu ke balai polis.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Anggota Trafik Tawar Saman RM100 Kepada Vlogger UK, Polis Jalankan Siasatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.