fbpx
Now Reading
Polis Kesan YouTuber Warga UK Untuk Bantu Siasatan Kes Anggota Trafik Didakwa Minta Saman RM100

Polis Kesan YouTuber Warga UK Untuk Bantu Siasatan Kes Anggota Trafik Didakwa Minta Saman RM100

Menurut KP Perak, pihaknya juga sedang mengenal pasti sama ada anggota trafik terbabit berkhidmat di kontinjen negeri itu atau negeri lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan pasangan YouTuber warga United Kingdom (UK) bagi membantu siasatan berhubung video tular memperlihatkan seorang anggota trafik yang didakwa menawarkan diskaun saman baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya difahamkan bahawa pasangan pelancong berkenaan sudah pun meninggalkan Malaysia.

Tambah Mohd Yusri lagi, pihaknya juga sedang mengenal pasti sama ada anggota trafik terbabit berkhidmat di kontinjen Perak atau negeri lain.

Selain itu mereka juga perlu pasti aspek lain iaitu lokasi, tarikh serta masa kejadian itu berlaku.

Kes sudah dirujuk ke Pengarah JSPT

Menurut laporan Berita Harian, Polis Perak juga sudah merujuk kes berkenaan kepada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

“Kes itu, Bukit Aman minta saya serahkan kepada mereka buat siasatan. Sebab apa? Kita perlu menentukan terlebih dulu di kawasan mana sebenarnya kejadian itu berlaku.

“Biar pihak pengurusan (JSPT) Bukit Aman menentukan. Jika mereka buat siasatan dalaman dan tempat itu sah berlaku di Perak, kita akan siasat di Perak.

“Kita akan tunggu arahan mereka untuk tindakan seterusnya,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Siasatan kes tersebut akan dilakukan JSPT Bukit Aman.

JPST sahkan sedang siasat kes

Terdahulu Mohd Azman mengesahkan PDRM sedang menyiasat video tersebut. Beliau menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.

Isu ini mula mendapat perhatian selepas pasangan vlogger, Tread The Globe dari United Kingdom (UK) iaitu Chris dan Marianne memuat naik video di YouTube memperlihatkan mereka ditahan oleh seorang anggota trafik.

Difahamkan mereka ditahan gara-gara Marianne memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Menerusi video tersebut, anggota polis trafik berkenaan yang mukanya dikaburkan memberitahu kepada pasangan terbabit bahawa mereka telah memandu 80 kilometer sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60 kilometer.

Sehubungan itu dia perlu mengeluarkan surat saman terhadap mereka.

Namun apa yang mengejutkan adalah pasangan ini ditawarkan pilihan sama ada ingin membayar ‘saman’ sebanyak RM100 jika pembayaran dilakukan secara serta merta di tempat kejadian atau RM300 jika dilunaskan di balai polis.

Baca artikel berkaitan: Tular Anggota Trafik Tawar Saman RM100 Kepada Vlogger UK, Polis Jalankan Siasatan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.