fbpx
Now Reading
Perompak Larikan Barang Kemas RM1.4 Juta Diberkas Polis Di Shah Alam

Perompak Larikan Barang Kemas RM1.4 Juta Diberkas Polis Di Shah Alam

Terdahulu, tular video yang dirakam oleh orang awam berhubung kejadian rompakan bersenjata di tempat letak kereta berhadapan sebuah kedai emas di Kuala Kangsar, Perak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (7 November), kami ada melaporkan tentang kejadian rompakan barang kemas bernilai RM1.4 juta yang berlaku di tempat letak kereta berhadapan sebuah kedai emas di Kuala Kangsar, Perak.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kelihatan sekumpulan perompak berpakaian serba hitam dan bertopeng melarikan beg dari sebuah kereta.

Ekoran daripada ini, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob memohon agar orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menyalurkannya ke Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Kangsar.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Perompak Bersenjata Larikan Barang Kemas RM1.4 Juta [Video]

Penjenayah Akhirnya Diberkas Polis

Tindakan pantas pihak polis akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memberkas tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian rompakan tersebut.

Menurut Omar, ketiga-tiga lelaki berkenaan ditangkap di Shah Alam, Selangor tiga jam selepas insiden itu dilaporkan.

“Buat masa ini, barang kemas itu masih belum dijumpai. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan barang kemas bernilai RM1.4 juta yang dilarikan,” kata beliau.

Suspek Ditahan Reman Selama Tujuh Hari

Tambah beliau lagi, permohonan reman terhadap suspek telah dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar semalam (7 November) agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

Mahkamah kemudiannya meluluskan permohonan tersebut dan kesemua suspek warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun direman selama tujuh hari bermula 7 November hingga 13 November 2023.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata,” ujarnya.

Terdahulu, tular video yang dirakam oleh orang awam berhubung kejadian rompakan bersenjata di tempat letak kereta berhadapan sebuah kedai emas di Kuala Kangsar.

Difahamkan, penjenayah tersebut bertindak memecahkan cermin kereta milik dua orang jurujual syarikat emas yang membawa barang berharga itu untuk dihantar ke kedai.

Ketika kejadian, parang dan tukul dijadikan sebagai senjata oleh suspek. Namun, tiada mangsa atau orang awam yang dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Cedera, Barang Kemas Bernilai RM10,000 Lesap Selepas Diragut Depan Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Termakan Helah Nak Bagi Bantuan, Suri Rumah Hilang Barang Kemas RM7,000 Dicuri Kenalan TikTok

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.