fbpx
Now Reading
“Gaji Konstabel RM1,500, Boleh Kamu Hidup Di Kuala Lumpur?” – Pengarah JSJ Bukit Aman [Video]

“Gaji Konstabel RM1,500, Boleh Kamu Hidup Di Kuala Lumpur?” – Pengarah JSJ Bukit Aman [Video]

Menurut CP Mohd Shuhaily Mohd Zain, anggota baharu PDRM boleh dikategorikan sebagai kumpulan miskin apabila gaji permulaan yang diterima hanya RM1,441 ketika menyertai rekrut konstabel manakala gaji dan elaun berjumlah RM1,800 diberikan setelah tamat latihan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gaji merupakan antara isu yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat. Ini kerana kadar gaji baik pekerja sektor awam mahupun swasta segelintirnya masih berada di bawah paras gaji minimum.

Situasi ini amat membimbangkan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat boleh memberi pengaruh besar dalam kehidupan seharian terutama buat mereka yang menerima kadar gaji ini.

Gaji Anggota PDRM Boleh Dikategori Sebagai Kumpulan Miskin

Prihatin dengan nasib yang menimpa anggota baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu pendedahan telah dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Menurut beliau, anggota baharu PDRM boleh dikategorikan sebagai kumpulan miskin apabila gaji permulaan yang diterima hanya RM1,441 ketika menyertai jawatan rekrut konstabel manakala gaji dan elaun berjumlah RM1,800 diberikan setelah tamat latihan.

Apa yang paling menyedihkan adalah sekiranya anggota terbabit ditugaskan di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, mereka juga boleh tergolong dalam kumpulan miskin bandar.

“Mereka ini akan membawa balik gaji bersih berjumlah RM1,500. Bolehkah anda hidup di Kuala Lumpur dengan jumlah gaji sebegitu?

“Itu tidak mengambil kira lagi kos biaya penyakit, anak istimewa (OKU), biaya hospital sehingga ada yang mendapatkan rawatan tiga kali seminggu.

“Jadi, ketua atau penyelia, sila ambil tahu dan kenal pasti anggota yang mengalami nasib sebegini dalam apa juga keadaan, sekiranya boleh bantu, maka bantulah mereka,” kata beliau.

Ada Anggota Menolak Kenaikan Pangkat Kerana Keluarga

Pada masa yang sama, beliau turut mendedahkan terdapat anggota PDRM yang sanggup menolak kenaikan pangkat hanya kerana keluarga.

“Ada anggota datang jumpa saya beritahu terpaksa tolak kenaikan pangkat sebab isterinya lumpuh dan dua anaknya mengalami penyakit ‘Cerebral Palsy’.

“Anggota itu memaklumkan setiap pagi dia perlu mengangkat isteri dan anaknya untuk dibersihkan, pakaikan baju dan siapkan segala keperluan mereka sebelum keluar bekerja.

“Katanya, walaupun berkeadaan begitu, isterinya berusaha masak nasi lemak dan anggota terbabit menjualnya di tempat kerja, manakala elaun keluar kerja yang diperolehnya diguna untuk pembiayaan perubatan.

“Dia maklumkan kepada saya, dia ada masa untuk anak-anak dan jika ditukarkan tugas, dia tak boleh membahagikan masanya. Seorang seorang ayah dan suami, belum tentu kita dapat melaksanakan tanggungjawab seperti anggota terbabit,” katanya.

Bagi Mohd Shuhaily, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai Pengarah JSJ untuk menyelesaikan masalah logistik yang dihadapi oleh jabatan termasuk kebajikan pegawai walaupun modal dan aset jabatannya berada di tahap yang menyedihkan.

“Kepada ketua jabatan siasatan jenayah, jangan main sokong saja apa-apa pertukaran atau tidak sokong pertukaran jika ada anggota yang buat permohonan itu.

“Anda perlu lihat secara teliti atau mendalam bagi setiap kes sebelum membuat pertimbangan wajar,” kata beliau lagi.

PART 2 AMANAT PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH : KEPIMPINAN DEMI KEBAJIKAN BUAT SEMUA PEGAWAI PDRM

𝑷𝑨𝑹𝑻 2 𝑨𝑴𝑨𝑵𝑨𝑻 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹𝑨𝑯 𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑺𝑰𝑨𝑺𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑱𝑬𝑵𝑨𝒀𝑨𝑯 : 𝑲𝑬𝑷𝑰𝑴𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵 𝑫𝑬𝑴𝑰 𝑲𝑬𝑩𝑨𝑱𝑰𝑲𝑨𝑵 𝑩𝑼𝑨𝑻 𝑺𝑬𝑴𝑼𝑨 𝑷𝑬𝑮𝑨𝑾𝑨𝑰 𝑷𝑫𝑹𝑴 Video pertama Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah pun tular dan mendapat sambutan yang luar biasa oleh warga netizen. Sila ikuti dan hayati “𝗣𝗮𝗿𝘁 𝟮 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 : 𝗞𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗣𝗗𝗥𝗠” Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada semua. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada pihak Universiti Sains Malaysia kerana menyediakan fasiliti dan terima kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Pulau Pinang kerana telah menguruskan serta menjayakan Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen & Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah semalaysia. Sila “follow” dan “like” Media Sosial Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk mendapat info-info terkini dan sahih di link berikut : 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 : 𝗰𝗶𝗱𝗿𝗺𝗽 https://www.facebook.com/cidrmp/ 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸 : 𝗰𝗶𝗱𝗿𝗺𝗽 https://www.tiktok.com/@cidrmp?lang=en 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 : 𝗰𝗶𝗱_𝗿𝗺𝗽 https://www.instagram.com/cid_rmp/ #POLISDIRAJAMALAYSIA #RoyalMalaysiaPolice #JabatanSiasatanJenayah #PengarahJSJ #CIDRMP #USM #AMANATPJSJ

Posted by Jabatan Siasatan Jenayah – JSJ PDRM on Monday, 9 October 2023

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Tidak Sepadan Dengan Kos Sara Hidup Pada Masa Kini -Penganalisis Ekonomi

Baca Artikel Berkaitan: Hanya RM1,530 Sebulan, Alor Setar Bandar Utama di Malaysia Dengan Kos Sara Hidup Paling Rendah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.