fbpx

Hanya RM1,530 Sebulan, Alor Setar Bandar Utama di Malaysia Dengan Kos Sara Hidup Paling Rendah

Lembah Klang menjadi bandar dengan kos sara hidup tertinggi, diikuti Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kos sara hidup merujuk kepada jumlah wang atau perbelanjaan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas individu antaranya seperti makanan, tempat tinggal, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.

Kos ini kebiasaannya berbeza mengikut kawasan. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti demografi, ekonomi dan juga faktor sosial lain. Namun, ia juga bergantung kepada gaya hidup dan juga keperluan individu terbabit.

Alor Setar Bandar Di Malaysia Yang Mempunyai Kos Sara Hidup Yang Paling Rendah

Berdasarkan Laporan Panduan Perbelanjaanku 2022/2023 yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 13 Jun, Alor Setar menjadi bandar dengan kos sara hidup yang paling rendah bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Foto: Belanjawanku 2022/2023

Bagi individu bujang yang menggunakan pengangkutan awam, kos sara hidup sebulan di ibu negeri Kedah itu hanya berjumlah RM1,530.

Foto: Belanjawanku 2022/2023

Manakala, bagi pasangan berkahwin tanpa anak, Alor Setar turut menjadi bandar yang ideal untuk diduduki oleh setiap pasangan memandangkan kos sara hidup hanya RM3,680.

Foto: Belanjawanku 2022/2023

Kos Sara Hidup Di Lembah Klang Meningkat

Panduan itu juga menunjukkan kos sara hidup bagi individu bujang dan pasangan berkahwin di Lembah Klang meningkat berbanding yang dilaporkan dalam laporan Belanjawanku pada tahun 2019.

Anggaran Perbelanjaan Bulanan Bagi Setiap Isi Rumah di Lembah Klang

Kos hidup bagi individu bujang menunjukkan peningkatan sebanyak RM60 menjadi RM1,930 berbanding RM1,870 pada tahun 2019.

Foto: Belanjawanku 2022/2023

Manakala, kos sara hidup bagi pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak meningkat menjadi RM4,630 berbanding RM4,420 yang direkodkan dalam laporan tahun 2019.

Foto: Belanjawanku 2022/2023

Bagi suami isteri yang mempunyai dua orang anak, kos yang diperlukan untuk hidup di Lembah Klang adalah sebanyak RM6,890 sebulan berbanding RM6,620 pada 2019 dengan peningkatan sebanyak RM270 bagi tempoh empat tahun.

Foto: Belanjawanku 2022/2023

Kos Sara Hidup Di Lembah Klang Tertinggi Diikuti Pulau Pinang & Johor Bahru

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh KWSP itu, Lembah Klang menjadi bandar yang mempunyai kos sara hidup paling tinggi, diikuti dengan Georgetown, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor.

Foto: Belanjawanku 2022/2023

Untuk info, Panduan Belanjawanku untuk Individu dan Keluarga 2022/2023 merupakan hasil kerjasama di antara KWSP dengan Pusat Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya.

Mula diperkenalkan pada tahun 2019 bagi penduduk Lembah Klang, panduan ini kemudiannya diperluaskan kepada 12 bandar utama di seluruh negara.

Ia membantu orang ramai dengan memperincikan perbelanjaan minimum mengikut isi rumah (bujang, keluarga atau warga emas) serta menyediakan cadangan perbelanjaan dan simpanan bagi individu.

Baca Artikel Berkaitan: Potong Gaji Menteri Tak Selesaikan Isu Peningkatan Kos Sara Hidup – Mahdzir Khalid

Baca Artikel Berkaitan: Ingin Kurangkan Beban Kos Rakyat, Lotus’s Malaysia Sertai Program RAHMAH

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.