fbpx
Now Reading
Tular Sekolah Rendah Ada Tempat Main Boling DIY Untuk Murid Ketika Rehat [Video]

Tular Sekolah Rendah Ada Tempat Main Boling DIY Untuk Murid Ketika Rehat [Video]

Difahamkan, laluan (lane) boling itu sudah mula dibina oleh guru di SK Nami sejak tahun 2018 lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap sekolah di Malaysia telah diperuntukkan oleh Kementeria Pendidikan (KPM) untuk memberikan waktu rehat kepada para pelajar dan murid antara 20 dan 30 minit.

Kebiasaannya, para murid atau pelajar akan menggunakan waktu itu untuk makan di kantin atau duduk di dalam perpustakaan dengan membaca buku atau mengulangkaji pelajaran.

Malah ada juga murid-murid yang berada di sekitar kawasan sekolah untuk bermain-main bersama rakan-rakan yang lain.

Tular sekolah rendah ada tempat main boling untuk murid ketika rehat

Pun begitu, lain pula dengan sebuah sekolah rendah luar bandar di Kedah ini apabila tular di media sosial terdapat tempat bermain ‘bowling’ yang dibuat sendiri (DIY) untuk kegunaan murid-murid ketika waktu rehat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @one76914, kelihatan tempat bermain boling itu diletakkan di kawasan anjung Sekolah Kebangsaan Nami, Gulau Sik.

Siap ada rail untuk hantar semula bola kepada pemain selepas melontar

Lebih menarik lagi, selain bola, platform dan pins, terdapat juga satu rail yang digunakan untuk menghantar semula bola kepada pemain selepas melontarkannya seakan tempat bermain boling yang sebenar.

“Aktiviti ketika rehat,” ringkas tulis pemilik video yang dikenali sebagai Wan Roslan Wan Ishak, 48, guru di SK Nami.

Ada murid tunggu di hujung untuk susun semula pins boling

Dalam video terbabit, kelihatan juga beberapa murid yang berada di kawasan susunan pins boling untuk menyusun semula dan memberikan kembali bola kepada pemain.

Tidak hanya itu, murid-murid tidak kira perempuan atau lelaki semuanya gembira bermain permainan boling itu ketika waktu rehat.

Tempat main boling dibuat sejak 2018, bola dan pin ditaja

Menurut Wan Roslan, bola dan pins boling itu bukan lah dibeli oleh pihak sekolah, sebaliknya ditaja dan diberikan oleh seseorang yang tidak didedahkan secara terperinci identitinya.

Malah, menerusi ruangan komen, guru terbabit turut memaklumkan bahawa tempat bermain boling tu sudah mula dibuat sejak tahun 2018.

Menurutnya lagi yang dihubungi BuzzKini, set bowling yang boleh dialih itu juga pernah diletakkan semasa hari terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap dan pernah dipinjamkan kepada sekolah lain untuk Hari Kokurikulum pada tahun lalu.

Netizen puji, idea yang bagus untuk digunakan buat sekolah lain

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan guru-guru yang membina tempat bermain boling itu secara DIY untuk para muridnya.

Malah mereka juga berpendapat ia merupakan satu cadangan yang baik untuk dilakukan di sekolah-sekolah yang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.