fbpx
Now Reading
Cubaan Samun Kereta Gagal, Penyamun Maut Dirempuh

Cubaan Samun Kereta Gagal, Penyamun Maut Dirempuh

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, dua lagi rakan penyamun terbabit terus melarikan diri selepas kejadian itu dan kini sedang diburu polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cubaan tiga lelaki untuk menyamun sebuah kenderaan membawa padah selepas salah seorang daripada mereka maut dilanggar pemandu kereta berkenaan.

Difahamkan, kejadian terbabit berlaku di hadapan Farmasi Kuala Kedah, Kota Setar pada awal pagi semalam (19 Mac).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pemandu lelaki berkenaan berada di dalam keretanya ketika tiga lelaki yang menunggang dua motosikal telah menghampirinya pada jam 6.39 pagi.

Pemandu terus pecut selepas cermin kereta dipecahkan penyamun

Menurutnya, salah seorang suspek bertindak memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan dengan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

“Akibat ketakutan, pengadu terus memecut keretanya dan semasa cuba melepaskan diri, pengadu telah melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.

“Suspek berusia 29 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakan suspek telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Sinar Harian.

Foto: Sinar Harian

Polis giat cari dua suspek dan saksi kejadian

Menurutnya lagi, usaha untuk mengesan saksi dan suspek yang berjaya melarikan diri sedang giat dijalankan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Beliau berkata, bagi pemandu berkenaan, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Manakala bagi dua orang suspek itu pula disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan, kata Ahmad Shukri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.