Cikgu Bawa Anak Murid Buka Puasa Di Rumah, Siap Tengok ‘Movie’ & Sahur Bersama [Video]
Menerusi video yang dikongsikan Cikgu Paan kelihatan semua pelajar gembira dapat berbuka puasa bersama guru dan juga rakan-rakan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Cikgu merupakan antara salah seorang individu yang sangat rapat dan dihormati oleh pelajar selain daripada ibu bapanya.
Sikap guru yang sering menganggap pelajar seperti anak membuatkan mereka mudah mesra dan sayang kepada cikgu seperti mana mereka menyangi keluarga sendiri.
Cikgu bawa anak murid berbuka puasa siap pakej menginap di rumah dan sahur
Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila seorang pendidik berkongsi kenangan manis pelajar lelaki sebuah sekolah di Baling, Kedah yang berkesempatan berbuka puasa dan menginap di rumahnya.
Menerusi video dikongsikan Cikgu Paan awalnya kelihatan seorang pelajar lelaki mewakili rakannya bertanya bilakah guru tersebut ingin mengajak mereka berbuka puasa di rumah sebelum yang lain turut bersorak kerana mahu turut serta.
Malah apa yang lebih lucu mereka tidak hanya mahu berbuka puasa tetapi turut meminta pakej tidur di rumah Cikgu Paan.
Cikgu Paan kemudian membawa mereka menaiki kereta untuk menunaikan permintaan para pelajar, malah turut kelihatan kesemua kanak-kanak itu siap membawa beg pakaian untuk menginap di rumah guru tersebut.
Kelihatan pelajar gembira dapat berbuka puasa bersama cikgu dan rakan-rakan, siap pergi Tarawih
Menerusi video tersebut guru berkenaan turut berkongsi momen mereka berbuka puasa dengan menu yang dipercayai dimasak oleh isterinya seperti nasi ayam, air laici dan juga beberapa juadah lain.
Kelihatan wajah pelajar berkenaan sangat gembira apabila dapat berbuka puasa bersama guru dan juga rakan-rakannya. Malah mereka turut dibawa berjemaah ke surau atau masjid untuk solat Tarawih.
Pulang daripada Tarawih, kanak-kanak ini mengambil peluang untuk menonton filem bersama sebelum tidur. Sebaik tiba waktu sahur Cikgu Paan mengejutkan mereka dan kelihatan semua mudah untuk bangun.
Meskipun masih berasa ngantuk tetapi semuanya dilihat gembira sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Ramai teruja lihat kanak-kanak buka puasa rumah cikgu
Melihat di ruangan balas, perkongsian cikgu itu mendapat perhatian ramai yang teruja dengan gelagat pelajar berkenaan.
Malah ada yang menyifatkan perkara itu bakal menjadi kenangan manis buat kanak-kanak berkenaan yang akan diingati sehingga tua.