fbpx
Now Reading
Anggota Polis Maut Terkena Tembakan Dalam Hutan Simpan

Anggota Polis Maut Terkena Tembakan Dalam Hutan Simpan

Difahamkan, mangsa bersama beberapa orang awam telah masuk ke dalam hutan berkenaan bagi melakukan operasi pencerobohan dan pemburuan haram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang anggota polis dilaporkan meninggal dunia selepas terkena tembakan dalam operasi di Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah pada pagi semalam (29 Februari).

Anggota cawangan khas (SB) yang berusia 39 tahun itu terkena tembakan semasa melakukan operasi pencerobohan dan pemburuan haram di kompartmen 124 hutan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian anggota SB Ibu Pejabat Kontinjen Kedah berkenaan pukul 10 pagi.

Foto: Buletin TV3

Mangsa masuk ke dalam hutan pada Selasa lalu

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa anggota cawangan khas dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah dibantu orang awam telah masuk ke hutan berkenaan pada Selasa lalu (27 Februari).

“Kesemua mereka bergerak pukul 12 tengah hari dan dan bermalam di Kompartmen 103 Hutan Simpan Ulu Muda.

“Mangsa bersama dua orang awam dikatakan bergerak ke Kompartmen 124 pukul 3 petang semalam dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan.

“Sehingga pukul 6.30 petang, mereka belum pulang ke tempat penginapan di Kompartmen 103 dan usaha pencarian dijalankan hanya menemui kenderaan mereka di antara Kompartmen 124 dan 125,” katanya semalam dalam satu kenyataan dipetik Kosmo.

Terdengar bunyi letupan semasa mencari mangsa

Menurutnya lagi, pasukan mencari kemudian terdengar bunyi letupan kira-kira pukul 2 pagi sebelum menemui mangsa.

“Siasatan mendapati mangsa termasuk dua orang awam itu dipercayai sesat ekoran cuaca gelap.

“Mangsa kemudian dibawa pulang ke Kompartmen 103 kira-kira pukul 5 pagi dan dihantar ke Hospital Sik sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Foto: Buletin TV3

Seorang lelaki ditahan polis untuk bantu siasatan

Berkongsi lanjut, Abdull Razak berkata pihak polis kemudiannya menahan seorang lelaki berusia 56 tahun untuk membantu siasatan.

Jelasnya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.