fbpx
Now Reading
Demi Mencari Rezeki, Pemandu E-Hailing Sanggup Buat 3 Kerja Demi Sara 7 Anak

Demi Mencari Rezeki, Pemandu E-Hailing Sanggup Buat 3 Kerja Demi Sara 7 Anak

Pemandu itu mendedahkan dia bekerja kilang pada waktu siang dan memandu Grab pada waktu malam manakala hujung minggu melakukan kerja-kerja pembaikan paip bagi menampung kehidupan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peningkatan kos sara hidup pada masa kini harus diakui menjadi beban kepada segelintir isi rumah terutama buat mereka yang mempunyai saiz keluarga yang besar.

Keadaan boleh menjadi bertambah teruk apabila pendapatan bulanan yang diperolehi hanya mencukupi bagi menampung keperluan asas.

Oleh sebab itu, kebanyakan orang sanggup melakukan dua kerja dalam satu masa bagi menampung kos kehidupan seharian.

Apa yang lebih mengejutkan adalah ada segelintir daripada mereka yang memilih untuk melakukan lebih dari dua kerja bagi menjana pendapatan tambahan.

Pemandu Kelihatan Mengantuk & Penat Ketika Hantar Penumpang

Menerusi perkongsian di halaman Facebook Orang Wangsa Maju, seorang pengguna yang dikenali sebagai Mohd Firdaus Jailani berkongsikan kisah pemandu e-hailing yang telah menyedarkan dirinya sendiri.

Menurut individu tersebut yang dikenali sebagai Firdaus, segalanya bermula apabila dia pulang ke rumah menaiki kenderaan e-hailing yang dipesan.

Ketika dalam perjalanan, pemandu berkenaan telah membawa kenderaan itu dengan laju. Malah, pemandu itu dilihat mengantuk dan hampir terlelap beberapa kali.

Risau dengan keadaan diri, Firdaus menawarkan pemandu berkenaan untuk berhenti dan berehat seketika sebelum menyambung perjalanan.

Namun, pelawaan Firdaus ditolak dengan baik oleh pemandu itu. Bagi menghilangkan rasa mengantuk pemandu tersebut, Firdaus mengambil inisiatif untuk bersembang bersama lelaki itu.

Semalam balik naik grab. Brother tu bawa laju namatey. Kemudian saya perasan dia macam nak terlelap, 3-4 kali juga. Saya…

Posted by Orang Wangsa Maju on Tuesday, 17 October 2023

Pemandu Dedah Terpaksa Buat Tiga Kerja Bagi Sara Keluarga

Hasil perbualan antara mereka berdua nyata menyedarkan Firdaus. Pemandu itu mendedahkan bahawa dia membuat tiga kerja bagi menyara kehidupan anak-anaknya seramai tujuh orang.

“Sembang punya sembang, rupanya dia buat 3 kerja. Anak ada 7 orang, paling kecil baru setahun lebih.

“Siang dia kerja kilang. Malam dia bawa grab. Hujung minggu dia buat kerja paip,” tulis Firdaus.

Setelah sampai ke destinasi yang dituju, Firdaus sekali lagi mempelawa pemandu berkenaan untuk minum bersamanya bagi menghilangkan rasa mengantuk. Namun, pelawaan itu ditolak dengan baik atas alasan sasaran harian masih belum tercapai.

“Dia tolak sebab belum sampai target harian lagi, jam sudah 11malam. Jam berapalah agaknya beliau akan pulang. Esok pagi nak kerja lagi,” tulis Firdaus lagi.

Kegigihan pemandu e-hailing itu dalam mencari rezeki nyata membuka mata Firdaus. Dia menganggap situasi yang dialaminya ini sebagai peringatan Allah buat dirinya.

“Semoga Allah kuatkan jiwa dan tenaga kedua ibu bapa yang bekerja keras membela keluarga.

“Terus rasa diri ini sangat kurang bersyukur. Terima kasih Allah berikan ingatan dengan cara halus begini,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan pemadnu berkenaan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan ketika mencari nafkah.

Semoga Allah Kurniakan Rezeki Yang Melimpah Ruah

Semoga Usaha Gigih, Rajin & Kuat Abang Ini Dikurniakan Rezeki Melimpah

Ramai Orang Sedang Berjuang Untuk Hidup, Berjuang Untuk Cukupkan Keperluan Keluarga

Baca Artikel Berkaitan: 5 Sekeluarga Naik Motosikal Tempuh Perjalanan 200km Cari Rezeki

Baca Artikel Berkaitan: Foodpanda Walker Sanggup ‘Heret’ Anak Demi Mencari Rezeki [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.