fbpx
Now Reading
Gara-Gara Isteri Suka Berjudi, Pemandu e-Hailing Terpaksa Tanggung Hutang RM18,000

Gara-Gara Isteri Suka Berjudi, Pemandu e-Hailing Terpaksa Tanggung Hutang RM18,000

Menurut Choong, dia tidak mengetahui berapakah jumlah sebenar yang telah dipinjam isterinya kepada Ah Long sehingga mengambil langkah ekstrim untuk menjual tapak pasar malam di Perak bagi menjelaskan hutang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perbuatan berjudi merupakan suatu tindakan yang tidak baik malah ia juga sering membuatkan seseorang itu berada dalam masalah seperti hutang.

Ini kerana, permainan atau aktiviti perjudian akan menyebabkan seseorang ketagih dan akan cuba mencari wang untuk berjudi termasuklah berhutang.

Tanggung hutang hampir RM18,000 gara-gara isteri suka berjudi

Baru-baru ini, seorang lelaki terpaksa menanggung hutang ceti haram hampir RM18,000 disebabkan sikap si isteri yang gemar berjudi.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Choong, isterinya itu mula menjadi ketagih untuk berjudi sebaik mencuba satu permainan di sebuah kasino.

Kata Choong yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, disebabkan menanggung hutang yang banyak dia terpaksa hidup dalam ketakutan apabila beberapa ceti haram mula mencarinya untuk meminta hutang yang telah dipinjam oleh isterinya.

“Tanpa pengetahuan saya, dia meminjam daripada Ah Long yang berbeza sehingga saya merasa tertekan kerana desakan menuntut pembayaran hutang.

“Buat masa ini, saya sudah membayar RM18,000 kepada mereka tapi masih tidak tahu berapa lagi yang perlu dibayar.

“Saya mengambil langkah ekstrim dengan menjual tapak pasar malam di Perak dan meminjam wang daripada sumber lain untuk membayar balik sebahagian hutang,” ujar lelaki berusia 39 tahun itu.

Isteri bagi macam-macam alasan tak masuk akal setiap kali minta penjelasan

Jelas Choong lagi, wanita berusia 37 tahun itu juga akan memberikan bermacam-macam alasan yang tak masuk akal setiap kali dia meminta penjelasan berhubung perkara itu.

Buntu dengan masalah hutang terbabit, Chong lalu mengambil keputusan untuk meminta bantuan daripada pihak Democratic Action Party (DAP).

Katanya dia tidak mengetahui berapakah total nilai hutang yang telah diberikan oleh Ah Long kepada orang rumahnya.

“Saya tidak mampu lagi untuk membayar hutang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumah lagi dengan harapan isteri akan sedar.”

Hutang banyak punca tak mampu bayar bulanan kereta

Apa yang lebih kasihan, akibat jumlah hutang yang banyak dia tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan keretanya.

“Saya tidak dapat membuat laporan polis disebabkan tiada bukti Ah Long ini mengganggu keluarga atau kediaman (secara fizikal).

“Bagaimanapaun gambar isteri saya disebar di sosial media oleh Ah Long kerana tidak membayar hutang dan ini menyukarkan saya kerana keluarga terdekat sudah tahu,” jelas lelaki itu lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.