Ah Long Di Johor Minta Hutang Pakai Sepanduk & Pembesar Suara, Siap Guna 3 Bahasa [Video]
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian tular tersebut berlaku di negeri berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di Malaysia, syarikat yang memberi pinjaman wang tidak berlesen atau lebih dikenali dengan panggilan Ah Long cukup terkenal dengan pelbagai cara kotor digunakan dalam menagih hutang.
Antara cara yang sering digunakan oleh mereka adalah seperti mengugut dengan menyimbah cat, merampas harta, meghantar mesej tanpa henti dan sebagainya.
Malah ada yang lebih kejam daripada itu sehingga sanggup mengugut untuk membunuh penghutang atau ahli keluarganya sekiranya gagal melunaskannya.
Tular Ah Long guna sepanduk dan pembesar suara untuk pungut hutang
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial apabila tiga lelaki dipercayai pemungut hutang bagi sebuah syarikat pinjaman wang di Johor telah menggunakan sepanduk dan pembesar suara untuk meminta semula wang mereka.
Menerusi video tular yang dikongsikan di laman X (Twitter) akaun @nanmanjoi8715, kelihatan tiga individu berbaju hitam sedang berjalan sambil membawa sepanduk dan pembesar suara ke sebuah rumah.
Setibanya di hadapan pagar rumah si penghutang, mereka meletakkan sepanduk yang mempromosikan syarikat pinjaman wang itu sebelum menggunakan pembesar suara untuk memungut hutang daripada peminjam berkenaan.
Guna 3 jenis bahasa untuk minta peminjam keluar rumah
Bukan itu sahaja, mereka turut menggunakan tiga jenis bahasa iaitu Melayu, Kantonis dan Tamil untuk meminta peminjam berkenaan keluar daripada rumah bagi melakukan rundingan.
Bagaimanapun, sehingga ke akhir video tersebut kelihatan tuan rumah yang dipercayai penghutang tidak munculkan diri.
Along makin kreatif pic.twitter.com/v08fcrM14E
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) October 26, 2023
Ketua Polis Johor sahkan mengenai kejadian berkenaan
Sementara itu, menurut Buletin TV9, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat turut mengesahkan kejadian tular tersebut berlaku di negeri berkenaan pada Rabu (25 Oktober).
Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat oleh pemilik rumah terbabit dan pihaknya akan mengambil tindakan tegas kerana perbuatan itu menyebabkan berlaku gangguan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.