fbpx

5 Sekeluarga Naik Motosikal Tempuh Perjalanan 200km Cari Rezeki

Apa yang mengejutkan Syahmi adalah keluarga berkenaan meredah perjalanan hampir 200km demi mencari rezeki dari Temerloh, Pahang menuju ke tempat kerja yang terletak di Kuala Terengganu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi lumrah, setiap manusia di atas muka bumi ini pastinya diuji dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan.

Setiap orang berbeza tahap dugaan yang diuji kepadanya. Ada cabaran yang dihadapi dalam bentuk wang ringgit, ada yang diuji dengan masalah kesihatan serta masalah keluarga.

Namun, segalanya bergantung kepada penerimaan individu itu sendiri dalam berhadapan dan menangani ujian itu.

Jumpa Lima Beranak Naik Motosikal Redah 200km Pergi Ke Tempat Kerja

Sebut tentang ujian, seorang lelaki yang dikenali sebagai Syahmi Sarif berkongsi pengalaman sendiri terserempak dengan lima beranak menaiki motosikal di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Menerusi hantaran yang dibuat di Kumpulan Facebook Kuala Terengganu Residen, itu merupakan kali pertama dia melihat lima sekeluarga menaiki motosikal sepanjang tempoh dia berulang alik dari Ajil ke Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) Dungun,Terengganu.

Difahamkan, pasangan suami isteri yang dijumpai oleh Syahmi menaiki kenderaan itu bersama tiga orang lagi anaknya termasuk seorang bayi.

“Ini kali pertama saya jumpa orang bawak motor lima beranak dengan baby lagi,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Apa yang mengejutkannya adalah keluarga berkenaan sanggup meredah perjalanan hampir 200 Kilometer (km) demi mencari rezeki dari Temerloh, Pahang menuju ke tempat kerja yang terletak di Kuala Terengganu.

“Saya berhenti tanya, dari mana? Dia bagitahu dari Temerloh, nak pergi Terengganu sebab nak pergi tempat kerja.

“Terkejut saya, dari Temerloh ke Kuala Terengganu naik motosikal. Dengan anak-anak lagi, bayi lagi, tak terbayang lenguh tangan mak (isteri) dia dukung bayi atas motosikal,” tulisnya.

Tawar Bantuan Untuk Bawa Salah Seorang Anak

Simpati melihat keluarga itu, Syahmi menawarkan bantuan kepada lelaki itu untuk menumpangkan dua orang anaknya. Namun, pelawaannya ditolak dengan baik oleh lelaki berkenaan.

Risau dengan keadaan keluarga tersebut ditambah dengan cuaca hujan serta bahaya yang mungkin datang dari kenderaan lain, Syahmi mengekori lima beranak itu dari belakang, namun mereka dikatakan tidak selesa dengan perbuatannya itu.

“Dengan tengah hujan, dengan lori besar-besar.

“Saya ikut mereka dari belakang takut jadi apa-apa, mula-mula ikut rapat tapi nampak mereka tidak selesa, saya pun ikut jauh sikit,” tulis syahmi lagi.

Mohon Doa Keluarga Berkenaan

Menerusi hantaran berkenaan, Syahmi memohon orang ramai yang membaca hantaran tersebut untuk menitipkan doa buat lima sekeluarga itu agar dipermudahkan urusan.

Malah, dia turut mendoakan anak-anak pasangan suami isteri berkenaan menjadi anak yang soleh dan solehah serta membalas jasa kedua ibu bapa mereka itu.

Foto: Facebook Kuala Terengganu Residen
Foto: Kuala Terengganu Residen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan lima sekeluarga berkenaan. Kebanyakannya sama seperti Syahmi yang turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan serta dimurahkan rezeki.

Ada juga yang turut berkongsikan pengalaman berhadapan situasi yang serupa atau terjumpa dengan individu lain yang mengalami nasib sama.

Begitulah Peritnya Hidup, Ujian Untuk Dia, Ujian Untuk Kita Juga

Kita Rasa Susah Dah, Ada Lagi Yang Lagi Susah

Semoga Dipermudahkan Urusan & Dimurahkan Rezeki Abang Ni Sekeluarga

Dalam Kita Mengeluh Dengan Kerja Kita Buat, Allah Jentik Dengan Cara Ni

Ingat Aku Dah Susah, Ada Lagi Yang Lagi Susah

Baca Artikel Berkaitan: Gendong Anak 9 Tahun Naik Motosikal Dari Perak Ke Kuala Lumpur, Seorang Bapa Dibantu Polis

Baca Artikel Berkaitan: Kerna Sayang, Ibu Tekad Tunggang Motosikal Sejauh 50KM Untuk Daftar Anak Masuk Universiti

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.