fbpx
Now Reading
‘RM9 Sekali Makan, Sebulan?’ – Pensyarah Dedah Ada Pelajar Ikat Perut Kerana Makanan Mahal [Video]

‘RM9 Sekali Makan, Sebulan?’ – Pensyarah Dedah Ada Pelajar Ikat Perut Kerana Makanan Mahal [Video]

Bagi membuktikan kata-kata rakannya, Ir. Abdul Rahman cuba makan di kantin pelajar sebelum mendapati harga makanan di sana sememangnya mahal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sememangnya tidak mudah. Selain dihimpit dengan tekanan kerja kursus dan peperiksaan, isu berkaitan kos sara hidup juga antara masalah yang sering dihadapi oleh pelajar.

Buat mereka yang berada, mungkin tiada masalah. Namun, bagi golongan marhaen, ada yang hanya bergantung kepada duit pinjaman dan biasiswa semata-mata bagi menampung kehidupan seharian.

Oleh sebab itu, ada sesetengah daripada mereka yang sanggup menahan lapar dan mengikat perut semata-mata mahu berjimat sepanjang tempoh pengajian dan tidak mahu menyusahkan keluarga di kampung.

Rakan Dedah Kebanyakan Pelajar Pilih Untuk Tidak Sarapan

Menerusi perkongsian video seorang pensyarah di akaun TikTok miliknya @ir.abdulrahmanbahasa, beliau berkongsikan perbualannya bersama pensyarah yang lain mengenai kehidupan sebenar pelajar pada masa kini.

Menurut Abdul Rahman, pensyarah tersebut memaklumkan kepadanya bahawa kebanyakan pelajar memilih untuk tidak mengambil sarapan pagi.

Hairan dengan apa yang dikatakan oleh rakan sejawatannya, dia bertanyakan semula kepada rakannya namun, rakannya hanya meminta dia makan di aked yang dipercayai sebuah kafe bagi mendapatkan jawapan yang sebenar.

Pensyarah Dedah Harga Makanan Di Kafe

Terpanggil untuk mencari jawapan berhubung persoalannya itu, Abdul Rahman mencuba makan di aked seperti yang dimaklumkan oleh rakannya itu.

“Aku ambil seketul ayam kicap, sekeping telur dadar dan satu teh ais, semuanya RM9.00,” tulis Rahman menerusi video berkenaan.

Dia nyata terkejut dengan harga makanan yang diambil olehnya. Malah, dia turut membuat perkiraan kos yang ditanggung oleh pelajar sekiranya menikmati hidangan yang sama sepertinya itu.

“RM9.00 sekali makan, 30 hari dah RM270. Ok sekarang baru faham kenapa pelajar suka skip sarapan.”

“Tu baru kos makan, kos yang lain? Hmm,” tulisnya lagi menerusi video berkenaan.

Netizen Turut Kongsi Kisah Yang Sama

Video perkongsiannya itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata warganet yang merupakan pelajar IPT bersetuju dengan beliau dan turut berkongsikan pengalaman yang sama hanya mengambil makanan maksimum dua kali sehari semata-mata mahu menjimatkan kos.

Ini kerana kebanyakan mereka menyifatkan harga makanan yang mahal menyebabkan mereka memilih untuk melakukan amalan sedemikian.

Ada juga warganet yang terdiri daripada ibu bapa turut berkongsikan pengalaman yang sama mengenai anak mereka yang memilih untuk ikat perut.

Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa yang sayangkan anak, mereka tetap menyuruh anak mereka untuk makan seperti biasa dan tidak perlu risau tentang kewangan.

Skip Breakfast, Lunch Makan Lewat Petang, Malam Tak, Sampai Esok Ulang Benda Sama

Saya Berhenti Kursus Multimedia Kreatif Sebab Tak Mampu Nak Tanggung Kos Hidup

Saya Selalu Cakap Dekat Anak, Makan Je Jangan Skip

Anak Saya Pun Bagitahu Dia Skip Lunch Sebab Nak Jimat Duit, Makanan Mahal Dia Kata

Ijazah Dulu Tiada Istilah Sarapan Untuk Saya, Dua Kali Sehari Je Makan

Pernah Tiga Hari Makan Biskut Kering, Ada RM3 Je Waktu Tu Untuk Seminggu

Zaman Belajar Dulu, Waktu Hujung Minggu Makan Sehari Sekali, Yang Lain Penuhkan Waktu Dengan Tidur

Baca Artikel Berkaitan: “Hidangan Yang Lengkap” – Pelanggan Sifatkan Menu Rahmah Berbaloi

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Hentam Pelajar UM Perlekeh Makanan Percuma PKP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.