fbpx
Now Reading
“Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]

“Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]

Luahan tersebut turut dipersetujui oleh segelintir netizen yang pernah makan di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak belakangan ini, hangat di kebanyakan platform perbincangan mengenai kos percutian di Malaysia.

Antara yang menjadi topik perbualan ramai adalah kos pelancongan terutamanya di Langkawi lebih mahal berbanding Hatyai hingga menyebabkan sesetengah rakyat tempatan memilih bercuti di sana berbanding pulau peranginan itu.

Terbaharu, Pulau Pangkor pula menjadi bualan warganet gara-gara harga makanan yang dikenakan tidak berpatutan.

Ikan Siakap Bakar Tak Sampai Sekilo RM75

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @kekyahfornour, wanita itu meluahkan rasa kecewa apabila harga makanan di salah sebuah kedai makan yang terletak di Teluk Nipah, Pulau Pangkor mahal.

Menurut pengguna itu, dia berpendapat harga ikan siakap bakar serta jumlah keseluruhan makanan yang dikenakan kepadanya adalah tidak berpatutan.

“Ikan bakar siakap around 600 hingga 700 gram RM75 kalah harga ikan kat KLCC dengan Pavilion, kedai kerusi pon berkulat, service out then rasa biasa-biasa je, total makan RM142 since minum air kosong je,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Tak Berkira Dengan Makanan, Kecewa Peniaga Cekik Darah

Tambah wanita itu lagi, dia bukanlah seorang yang berkira tentang makanan. Namun, dia berpendapat harga yang dikenakan di gerai tersebut mahal dan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan harga kos makanan di beberapa negara luar yang pernah dilawatinya.

Malah, dia turut meluahkan rasa kecewa apabila niatnya yang mahu menyokong industri pelancongan tempatan tidak kesampaian dek kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha kedai makan ini.

Pada masa yang sama, dia turut menasihatkan kepada pelancong yang bakal melancong ke pulau itu agar lebih berhati-hati terutama dalam memilih kedai makan.

“Sorry kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth, sama harga macam makan ikan dekat Swiss harga dia, makan dekat Singapore pun tak semahal makan dekat sini walaupun kena darab 3.5.

“Bila tak pergi travel local selalu persoalkan tak support local tapi see peniaga jenis cekik darah macam ni.

“Sesiapa pergi Pangkor tu hati-hati la makan dekat kawasan Teluk Nipah ni, korang makan kawasan bandar je la selamat harga tak cekik darah mcm ni,” jelasnya lagi.

@kekyahfornour

Ikan bakar siakap around 600-700g RM75 kalah harga ikan kat KLCC dengan pavilion.. kedai kerusi pon berkulat, service out then rasa biasa2 je.. total makan RM142 since minum air kosong je.. sorry kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth.. sama harga mcm makan ikan kat swiss harga dia.. makan kat singapore pon x semahal makan kat sini walaupon kena darab 3.5.. Bila x g travel local selalu persoalkan x support local tapi see peniaga jenis cekik darah cmni.. Sesiapa g pangkor tu hati2 la makan kat area teluk nipah ni.. korang makan area city je la selamat harga x cekik darah mcm ni..

♬ Cukup – Fieya Julia

Video Dapat Perhatian Warganet

Video yang menerima lebih 600 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka terkejut dengan apa yang dikongsikan oleh wanita berkenaan.

Malah, ramai yang turut bersetuju dan berkongsi pengalaman yang sama berhadapan dengan segelintir peniaga cekik darah di sekitar kawasan Teluk Nipah itu.

Namun, ada juga yang berpendapat perbuatan sebegini hanya dilakukan oleh segelintir peniaga di sana sebaliknya masih ada beberapa kedai makan mengenakan harga berpatutan kepada pelancong.

Tidak kurang juga ada yang mempromosikan beberapa kedai yang menurut mereka berpatutan untuk dikunjungi.

Berikut antara komen warganet:

“Kena Juga Tahun Lepas”

“Pangkor Memang Mahal, Boleh Kawan Dengan Langkawi”

“Kedai Ni Taubat Nak Masuk, Makan 4 Orang RM500, Makan Goreng-Goreng Je”

“Dekat Pangkor Memang Mahal Harga Makanan”

“Kalu Gini Harga Dian, Lajak Sikit La Ke Pulau Langkawi”

Baca Artikel Berkaitan: Kemerosotan Pelancong Jejas Status Pulau Langkawi Sebagai Pusat Percutian Popular

Baca Artikel Berkaitan: ‘Bebas Cukai Tapi Barang Mahal?’ – Pulau Langkawi Makin Sunyi, Pelancong Makin Berkurangan

Baca Artikel Berkaitan: Hanya RM500, Perlis Tawar Pelancongan Setanding Hatyai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.