“He’s Just A Small Boy With A Big Dream” – Video ‘Tribute’ Faisal Halim Dari Selangor FC Buat Ramai Sebak

Ketika ini, peminat bola sepak di seluruh negara pastinya masih terkesan dan bersimpati dengan nasib yang menimpa tonggak utama Harimau Malaya, Faisal Halim yang menjadi mangsa disimbah asid pada malam 5 Mei lalu.

Lebih menyedihkan, keadaan terkini Faisal yang juga pemain Selangor FC itu dilapor membimbangkan akibat kesan kelecuran tahap empat selain tiada tindak balas di tangan kirinya.

Di sosial media, ramai yang memuat naik poster wajah Faisal Halim sebagai tanda solidariti kepada pemain kelahiran Pulau Pinang itu selain mendoakan agar dia segera diberikan kesembuhan.

Bahkan, Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Shah juga sedia menanggung segala kos rawatan dan perubatan Faisal sehingga pulih.

Video tribute Faisal Halim dari Selangor FC buat ramai sebak

Kelab bola sepak Selangor FC turut memuat naik satu video tribute khas buat Faisal sekali gus mengundang perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @SelangorFC, terdapat beberapa video kompilasi Faisal dari usia muda termasuk semasa program ‘Misi Mencari Ramli’ hingga bermain bersama skuad kebangsaan dan kelab bola sepak negeri itu.

Turut dikongsikan bersama ialah video-video saat Faisal beramah mesra dengan para peminatnya tanpa mengira usia.

“Hanya budak kecil dari Pulau Pinang dengan impian besar” – Selangor FC

“Dia hanya seorang budak kecil dari Pulau Pinang dengan impian besar. Menunjukkan keajaiban dengan bola di kakinya. Seorang hero negara di mata dan hati ramai orang.

“Seorang yang baik hati. Semangat dan kasih sayang terhadap rakan sepasukannya, tidak boleh dipertikaikan.

“Dia selalu membawa kegembiraan dalam hidup kita dan senyuman di wajah kita. Kini, adalah masanya bagi kita untuk berdiri bersamanya,” tulis Selangor FC di ruangan kapsyen.

@selangorfc

He’s just a small boy from Penang with a big dream. Exhibiting magic with the ball at his feet. A national hero in the eyes and hearts of many. The kindest of souls. The passion and love for his teammates ; never up for debate. He has always brought joy to our lives and smiles on our faces. Now it’s time for us to stand with him. We stand with you, Mickey. Forever and always.❤️💛 StandWithFaisalHalim StopTheViolence MKLK KitaSelangor SukanDiTikTok BolaSepak fyp foryousports footballtogether fypシ゚viral fypシ fypage foryourpage foryoupage GergasiMerah RedGiants KongsiBersama KongsiCerita

♬ original sound – Selangor FC – Selangor FC

Ramai sebak dan titip doa buat Faisal Halim

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang menonton video penghormatan khas itu turut berasa sebak, hingga ada yang mendakwa menitiskan air mata.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen turut menitipkan doa agar Faisal yang menyarung jersi nombor 7 di Selangor FC dan Harimau Malaya kembali pulih dengan segera.

Semoga Faisal Halim terus kuat menghadapi ujian ini, satu Malaysia mendoakan kesihatannya.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago