5 Hari di Maldives Dengan Bajet RM2999 Sahaja!

Jika ditanya kepada mereka yang gemar pantai jernih, Maldives antara salah satu destinasi idaman kerana bukan sahaja memiliki pantai jernih, tetapi layanan daripada orang tempatan juga mesra dan membuatkan anda gembira sepanjang berada di sana.

Ramai yang teringin ke sana tetapi kita semua tahu kos percutian ke sana agak mahal. Walau bagaimanapun, usah risau kerana terdapat satu pakej ditawarkan oleh IBC Tours mampu membuatkan anda tersenyum.

Selain menerokai pantai yang jernih, anda juga boleh lawati beberapa tempat bersejarah Islamik seperti Male Masjid Masjid (Male Huruku Miskiy), Makam Maulana Al-Hafiz Abul Barakaath Yoosuf Al-Barbari dari Maghribi (Morocco) dan sebagainya.

Pakej ditawarkan oleh IBC Tours adalah percutian ke Hulhumale, Maldives selama 5 hari 3 malam dengan harga RM2999 sahaja. Berikut merupakan aktiviti sepanjang lima hari tersebut:

Hari pertama

– Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas ke Male, Maldives.
– Selepas tiba di sana, anda akan berjumpa wakil IBC Tours dan dibawa ke hotel di Hulhumale.
– Selesai check in, anda diberi taklimat program sepanjang berada di sana.
– Makan malam dan tidur di hotel.

Hari kedua

– Sarapan di hotel pukul 7.30 pagi – 8.30 pagi.
– Antara aktiviti hari kedua ialah anda akan pergi ke Sand Bank, Local Island Hopping with BBQ Lunch, Dolphin Cruise, Sea Cruising, Night Fishing Tour.

Hari ketiga

– Sarapan di hotel pukul 7.30 pagi – 8.30 pagi.
– Melawat ke Adaaran Hudhuranfushi Resort dengan makan tengahari secara buffet antarabangsa (8:30AM – 4:30PM), welcome drink, tuala pantai, akses ke swimming pool di pantai.
– Kembali ke Hulhumale pada 5.30 petang.
– Makan malam di Bombay Darbar dan aktiviti bebas.

Hari keempat

– Sarapan di hotel pukul 7.30 pagi – 8.30 pagi.
– Melawat kawasan bandar Hulhumale menggunakan transport tempatan di mana anda dapat meneroka kehidupan rakyat Maldives, masjid, bangunan-bangunan kerajaan dan aktiviti pantai.
– Selepas check out pada pukul 12 tengahari dan makan tengahari, anda akan menaiki bot ke bandar Male.
– Antara lokasi dilawati semasa berada di bandar Male ialah Male Friday Masjid (atau dikenali sebagai MaleHukuru Miskiy), Muzium Negara, Kediaman rasmi Muliaage Presiden Maldives, pasar ikan dan Makam Maulana Al-Hafiz Abul Barakaath Yoosuf Al-Barbari dari Maghribi (Morocco).
– Boleh membeli belah sementara menunggu ketibaan feri untuk balik ke Hulhumale.
– Sampai di jeti, anda akan check in penerbangan pulang ke Malaysia.

Hari kelima

– Tiba di Malaysia bersama kenangan dan cenderahati 

Walau bagaimanapun, ada beberapa nota penting yang anda harus tahu dan boleh layari laman web www.ibctours.com untuk maklumat lanjut.

* Harga tertakluk kepada kadar promosi yang masih ada dan tarikh yang kosong.
* Tiada pemandu pelancong profesional, anda akan dibantu oleh pembantu warga tempatan.
* Mereka adalah ejen di Maldives yang menyediakan pakej aktiviti-aktiviti bersesuaian harian.

 

Harga biasa RM3,099. Pakej istimewa RM2,999 untuk follower Salaam / Buzzkini. Tempah Sekarang! 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago