Tidur Penting Untuk Kesihatan Yang Baik

Tidur berpanjangan selalunya dikaitkan dengan sifat malas tetapi hakikatnya ia adalah rahsia kepada penawar segala penyakit.

Waktu tidur yang cukup penting kerana dapat berehat dan berkait rapat dengan sistem saraf autonomik yang mengawal beberapa proses tubuh seperti tekanan darah, kadar pernafasan yang bekerja secara automatik tanpa disedari serta sekiranya terganggu, meninggalkan kesan kepada badan.

Perunding Kesihatan Umum Jepun dan Pengamal Perubatan Bersepadu Cina dan Barat, Dr Koyabu Miki, berkata gangguan sistem autonomik ini tidak boleh dirawat menggunakan kaedah moden atau tradisional, tetapi patut mengamalkan gaya hidup sihat.

Beliau berkata, tidur lena walaupun untuk beberapa jam penting demi membolehkan otak dan tubuh berehat.

“Ini bagi memastikan hormon seimbang dan ketahanan badan melawan penyakit lebih kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program sempena Hari Tidur Sedunia anjuran Amlife International Sdn Bhd, baru-baru ini.

Katanya, tabiat tidur yang baik, menjamin penuaan lebih sihat.

Amlife mendedahkan hasil kajian berkaitan tabiat tidur membabitkan 500 responden dari seluruh negara sejak awal tahun ini, mendapati sembilan daripada 10 orang mengalami satu atau lebih masalah tidur dalam tempoh seminggu.

Kira-kira 78 peratus daripada rakyat Malaysia berpendapat, tidur yang tidak berkualiti boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan 47 peratus berpendapat, tidak cukup boleh mendatangkan masalah kulit atau kecantikan.

Penolong Profesor Antropologi Biologi Universiti Toronto Mississauga, Kanada, Dr David Samson, berkata manusia bergantung kepada tidur untuk fungsi kognitif.

“Tidur tidak berkualiti dikaitkan dengan gangguan mental. Jika cukup tidur ia melindungi seseorang daripada kerosakan kognitif berkaitan penuaan.

“Dijangka 300 juta penduduk di Asia Tenggara mengalami masalah insomnia dan apena iaitu gangguan tidur yang menyebabkan pernafasan terhenti seketika,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago