Ini Adalah 5 Cara Selesaikan Kerja Dengan Bijak

Ada antara kita yang sering mengalami situasi di mana tugasan kerja di pejabat mahupun di rumah terasa sukar diselesaikan dalam tempoh masa yang telah diberikan?

Ia bukanlah kerana kita tidak boleh melakukannya, tetapi kerana tabiat kita yang mungkin salah dan perlu diubah dalam mencapai produktiviti yang maksimum.

Pembuangan masa yang berlebihan dan cara kerja yang tidak efisyen mungkin menjadi faktor masalah tersebut.

Ini adalah 5 cara bagaimana kita boleh selesaikan kerja secara bijak.

Gambar: Forbes

1. Menyediakan ‘to-do-list’. Apa yang anda boleh lakukan ketika sampai ke pejabat adalah senaraikan apa yang akan lakukan hari ini, dan cuba selesaikannya mengikut senarai berkenaan. Dengan itu, waktu yang ada di pejabat lebih terisi dan tidak terbuang begitu sahaja.

Gambar: InspireCast

2. Letak telefon pintar ke tepi. Jika anda perlu berurusan melalui pesanan telefon, gunakan sahaja aplikasi berkenaan di komputer anda. Ingat, jangan terlalu lama menghadap media sosial, ia akan melengahkan urusan kerja anda. Simpan dahulu masa untuk membaca blog atau portal, gunakan masa itu apabila kerja selesai.

Gambar: Upskilled

3. Utamakan kerja yang penting. Yang mana mustahak perlu diselesaikan dahulu sebelum melangkau ke kerja yang seterusnya. Tinggalkan kerja yang kurang penting di bahagian terakhir. Ini pasti akan meningkatkan tahap efisyen anda terhadap kerja.

4. Sekiranya anda diberikan tugas yang besar dan berat, tidak salah sekiranya anda meminta pertolongan rakan sekerja atau bertukar-tukar pendapat mengenai idea menyelesaikannnya. Nasib baik sekiranya ada yang ringan tulang mahu membantu. Itu yang dipanggil ‘don’t work hard, work smart’

Gambar: The Conversation

5. Cuba lakukan lebih satu kerja dalam satu masa. Tidak salah kalau mencuba, ia akan membuat masa anda lebih terisi. Mana tahu, percubaan dua kerja pada satu masa anda, membuahkan hasil. Anda juga yang untung.

Sumber: Awani

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 mins ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

26 mins ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

2 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

18 hours ago