Instagram Buang Butang IGTV Pada Skrin ‘Home’ Pengguna ? Ini Sebabnya..

Umum pasti tahu yang Instagram pada 2018 telah memperkenalkan IGTV, dalam usahanya untuk bersaing dengan YouTube.

Fungsi ini membolehkan pengguna memuat naik video berdurasi panjang termasuk saluran dari ‘video creator’ sama seperti format yang digunakan oleh pesaing mereka itu.

Sebelum kehadiran IGTV, Instagram hanya membenarkan pengguna memuat naik video dengan maksimum durasi 60 saat .

Bagi merancakkan lagi ciri-ciri IGTV, sebuah butang turut disertakan pada bahagian penjuru atas kanan aplikasi utama Instagram bagi memudahkan pengguna mengakses IGTV terus dari home screen mereka.

Namun butang akses pantas itu nampaknya tidak kekal lama. Terbaru, Intagram secara senyap-senyap telah memulakan proses membuang ikon IGTV tersebut yang terletak di bahagian atas kanan  homescreen pengguna.

Nak tahu kenapa?

Ini kerana Instagram mendapati kebanyakan pengguna tidak mengklik butang tersebut, kata mereka dalam satu kenyataan.

“Kami terus berusaha untuk memudahkan pengguna membuat dan menemui kandungan IGTV, tetapi dalam masa yang sama kami mendapat tahu bahawa kebanyakan pengguna menemui kandungan IGTV melalui feed preview, saluran IGTV dalam Explore dan profil pemilik akaun.

Foto : ScreenRant

“Sangat sedikit bilangan pengguna yang mengklik ikon IGTV di sudut kanan atas skrin utama,” menurut jurucakap mereka.

Dipetik dari Awani, yang memetik CNN, penganalisis sebelum ini memberitahu CNN Business bahawa IGTV tidak begitu berjaya seperti IG Stories.

Malah, Instagram turut memperakui bahawa selebriti berprofil tinggi kebanyakannya, dilihat tidak kerap menggunakan kemudahan tersebut.

Selain dari itu , Beberapa influencer media sosial terkenal turut mengatakan antara sebab utama IGTV tidak popular kerana ia tidak mendapat pulangan wang berbanding YouTube, dimana video yang sama panjang boleh disertakan iklan yang memberi pendapatan kepada pemiliknya.

Malah TikTok, sebuah aplikasi perkongsian video, dilihat lebih disukai ramai apabila meraih kira-kira 700 juta muat turun pada tahun 2019, berbanding hanya 6 juta untuk IGTV.

Jadi Bagaimana cara untuk memuat naik video panjang di Instagram selepas ini? Ikuti perkongsian di bawah :

Sumber Foto : Wccftech

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

11 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

15 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

15 hours ago