Honda Kini Buka Tempahan BRV 2020, Dijangka Dilancar Q1

Berita baik buat peminat Honda Bold Runabout Vehicle (BRV) , Honda hari ini mengumumkan mereka sudah membuka tempahan bagi model crossover 7-tempat duduk BRV di semua 100 cawangan pengedar mereka di seluruh negara

Difahaman model ini bakal diperkenalkan pada suku pertama tahun 2020. Hmm tak lama lagi je tu kan?

Model yang mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2017. BRV menggabungkan gaya reka bentuk SUV tetapi dengan pengendalian, kemudahan serta kabil yang luas seperti MPV . Model crossover serba boleh yang berjaya menarik minat prospek pelanggan terutamanya mereka yang berkeluarga.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, BR-V yang merupakan model pertama  Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) khusus untuk pasaran ASEAN. 

Setakat Januari 2020 lebih dari 36,000 unit BR-V telah berjaya dijual di Malaysia.  Angka ini membolehkannya menguasai 45 peratus pegangan pada 2019  dan membantunya mengekalkan kedududukan sebagai peneraju segmen.

Satu yang pasti, model  baru 2020 yang dikemaskini itu nanti akan tampil dengan gaya luaran yang lebih segar, terutama di bahagian hadapan dengan bampar bersama jeriji hadapan rekaan baharu, kemasan bawah bampar baharu, antena sirip jerung dan rim aloi bersaiz 16-inci baharu.

Selain itu BR-V yang dipertingakat ini turut dilengkapi dengan fungsi masuk tanpa kunci, dan butang penghidup enjin sebagai ciri standard. Dikuasan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC BR-V ini mampu menghasilkan 120PS dan daya kilas maksimum 145Nm.

Yang menariknya BR-V ini juga dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit baharu dengan aksen merah bagi menyerlahkan gaya sporty dan pengalaman selesa bukan sahaja untuk pemandu malah buat penumpang.

Untuk maklumat lanjut mengenainya atau membuat tempahan, sila hubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

9 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

10 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

10 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

12 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

12 hours ago