Ingin Pekerjaan & Gaji Anda Berkat? Ini 10 Adab Bekerja Yang Harus Anda Amalkan Yang Dikongsikan Ustaz Don

Siapa yang tidak mahukan pekerjaan yang halal diberkati dan yang paling penting diredai Allah.

Justeru islam menggariskan beberapa adab yang harus diamalkan oleh penganutnya yang beriman tidak kiralah di dalam apa jua sektor perkerjaan dan jenisnya baik sektor awam, swasta,bekerja sendiri, eksekutif juga bukan eksekutif.

Menerusi Instagram, pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, telah berkongsi secara ringkas 10 adab tersebut kepada orang ramai

Dibawah kami kongsikan kesemua adab tersebut seperti yang dikongsikan Ustaz Don sebagai ilmu berguna untuk anda :

10 Adab Dalam Bekerja


1. Membaca doa sebelum keluar rumah
Menerusi pencarian kami antara surah yang elok di amalkan adalah ‘Dengan nama Allah, aku bertawakal dengan Allah dan tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Agung.

2. Niat keluar bekerja ikhlas kerana Allah SWT untuk mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga serta menyumbang kepada masyarakat.

3. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berusaha gigih

4. Menunaikan tugas dalam pekerjaan dengan jujur serta amanah

5. Tidak terbabit dengan pekerjaan haram atau syubhah (sesuatu yang tidak jelas halal-haramnya)


6. Tidak melakukan perbuatan dosa dan mungkar kerana ia boleh menjadi sebab terhalangnya rezeki

7. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh

8. Bersedekah kerana sebahagian apa yang diperolehnya juga menjadi hak orang lain

9. Tidak menjadikan alasan sibuk mencari rezeki untuk tidak beribadat

10. Bertawakal kepada Allah SWT selepas melaksanakan tugasan atau pekerjaan.

Jadi buat anda yang beragama islam yang sentiasa mahukan rezeki dan pekerjaan yang halal diberkati. Amalkanlah kesemua adab ini .

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

11 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

12 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

13 hours ago